Monday, March 7, 2011

Siapa hapuskan imuniti Raja-raja Melayu?

Umno tidak dapat menyembunyikan hakikat mereka telah banyak mengkhianati orang Melayu berbanding Pakatan Rakyat termasuklah usaha serius menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu.
Pengkhianatan Umno bukan hanya kepada orang Melayu tetapi juga kepada Raja-raja Melayu yang menjadi simbol utama bangsa Melayu yang tidak sewajarnya dikhianati oleh mana-mana pihak.


Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob menegaskan menghapuskan imuniti raja-raja Melayu merupakan satu perbuatan khianat yang dilakukan oleh Umno ketika dibawah pimpinan Dr Mahathir Mohamad.

Umno tegas beliau lagi bukan hanya menghapuskan imuniti raja tetapi tanpa rasa hormat juga telah melantik sultan Kelantan yang baru hanya kerana sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra tidak sependapat dengan Umno dan Barisan Nasional.

"Langkah menghapuskan imuniti raja dilakukan oleh Umno ketika Mahathir (Tun) menjadi Perdana Menteri dan juga Presiden Umno.

"Ia merupakan satu perbuatan khianati bukan hanya kepada raja-raja Melayu tetapi juga kepada orang Melayu sendiri kerana ia satu penghinaan kepada sebuah institusi yang begitu dihormati oleh orang Melayu.

"Pemimpin Umno, Annuar Musa (Tan Sri) suatu ketika dulu pernah melantik seorang sultan baru di sebuah padang bola untuk menggantikan sultan Ismail Petra hanya kerana baginda (sultan Ismail Petra) tidak sehaluan dengan Umno.

"Sudahlah melantik sultan baru lebih hina lagi bila perlantikan itu dilakukan di sebuah padang bola, apakah ini bukan satu pengkhianatan?" soal Salahuddin.

Tegas beliau lagi, apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno itu cukup menjadi bukti kepada rakyat terutama orang Melayu siapa yang sebenarnya pengkhianat kepada bangsa Melayu.

Salahuddin juga menjelaskan tiada sebarang bukti pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat melakukan pengkhianatan terhadap orang Melayu dengan menghina raja-raja Melayu kecuali dilakukan oleh pemimpin Umno.

No comments:

Post a Comment