Showing posts with label 1 Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1 Malaysia. Show all posts

Monday, January 31, 2011

APA YG ANDA TAHU TENTANG APCO?


Assalamualaikum..
Salam Ukhwah Fillah.. Alhamdulillah, saya berkesempatan lagi untuk update blog. Kali ini saya akan membicarakan mengenai APCO yang cukup membingitkan perbahasan di parlimen baru-baru ini.
Apa yang anda tahu tentang APCO? Ramai yang ingin tahu, apa itu APCO, benarkah ia agensi Yahudi dan mengapa UMNO melantik agensi Yahudi berkenaan sebagai penasihatnya?
Tahukah kita bahawa, sebenarnya penglibatan APCO dalam merancanakan dasar negara telah bermula sejak September tahun lepas. Namun ia menjadi heboh sehari dua ini selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dmembuat kenyataan bahawa konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditiru daripada konsep 1Israel.
Jika anda ingin tahu siapa gerangan APCO, agensi milik Zionis yang kini menjadi penasihat itu, di bawah ini disertakan beberapa maklumat mengenainya yang saya kutip dari beberapa sumber:
i) APCO beribu pejabat di Amerika. Alamat penuhnya ialah 700, 12th Street, N.W, Suite 800, Washington DC 20005.
ii) Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Eksekutf APCO kebanyakannya adalah mereka berketurunan Yahudi.
iii) Manakala penasihat utama APCO ialah pakar yang pernah berkhidmat dengan Zionis termasuk bekas Ketua Agensi Keselamatan Israel, Doron Bergerbest-Eilon; bekas dutaIsrael ke Jerman, Shimon Shein dan bekas duta Israel ke Amerika Syarikat, Itamar Rabinovich.
iv) Pengarah Urusan APCO di Malaysia ialah Paul Stadlen, yang juga seorang berketurunan Yahudi, yang sebelum ini bertugas di pejabat APCO di London. APCO mula membuka pejabat di Malaysia pada 1 September 2009. Antara tugasnya di Malaysia termasuk sokongan komunikasi untuk pelbagai inisiatif pembaharuan yang diambil oleh kerajaan Malaysia, terutamanya dalam bidang pekerjaan, promosi pendidikan dan mengukuhkan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai.
vi) Kontrak APCO dengan Malaysia bernilai RM20 juta antaranya bertujuan untuk memulihkan imej Najib yang sering dikaitkan oleh media-media seluruh dunia dengan pembunuhan Altantuya serta misteri di sebalik pembelian kapal selam Scorpene.
vii) APCO mempunyai beberapa pejabat di Eropah, Asia dan Amerika. Di Asia antara pejabat APCO selain dari Kuala Lumpur ialah Jakarta, Singapura, New Delhi, Bangkok, Beijing, Dubai dan Ho Chi Minh City.
viii) Hanya Malaysia, Indonesia dan UAE merupakan negara penduduk majoriti Islam yang membenarkan APCO membuka pejabat di negaranya.
ix) APCO juga memberi perkhidmatan melindungi beberapa diktator dan penjenayah dunia termasuk diktator Nigeria, Sani Abacha dan presiden seumur hidup Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev serta jutawan Rusia Mikhail Khodorkovsky, yang dikaitkan dengan kegiatan mafia.
x) Ketua Menteri Gujarat, India Narendra Modi yang menjadi penyebab kepada pembunuhan hampir 1,000 orang Islam di Gujarat pada Februari 2002 juga adalah pelanggan APCO.
Sumber bahan ;- internet & pakcik google :)
Wallahua’lam

Nota Ucapan Anwar Ibrahim Di Parlimen Berkenaan Skandal APCO – 30 Mac 2010

Terima kasih kepada Tan Sri Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk memberi penjelasan mengenai peranan dan skop penglibatan firma perhubungan awam bernama APCO. Isu ini wajar diberi perhatian khusus kerana ianya bukan sekadar isu 1Malaysia atau 1Israel atau tohmahan yang dilemparkan kepada saya sebagai seorang agen Yahudi. Namun demikian, isu-isu terbabit ditenggelami jika hendak dibandingkan dengan skandal dahsyat yang bakal didedahkan hari ini; yang tidak bersangkutan dengan kedudukan mahupun reputasi saya atau pun reputasi rakan-rakan saya. Sesungguhnya keselamatan negara kita dalam bahaya. Isu ini membongkar politik kronisme yang membarah serta rundingan sulit pihak tertentu sehingga membelakangkan kepentingan rakyat dan negara. Tidak dapat dinafikan lagi kini wujud ancaman terhadap keselamatan nasional, maklumat strategik negara terdedah kepada agensi perisikan asing dan tercalarnya maruah umat.
Bagi mengelak sebarang keraguan penjelasan saya hari ini bukan sekadar muslihat politik atau tuduhan tidak berasas, Insya Allah, setiap kenyataan saya hari ini akan disokong dengan dokumen, rencana malah salinan perjanjian yang ditandatangani oleh pihak-pihak terbabit.
Sehingga kini Perdana Menteri belumpun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaan saya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit; peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan.
Selama ini kita hanya dimaklumkan bahawa penglibatan APCO adalah terhad, tetapi kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kebelakangan ini menunjukkan penglibatan yang lebih menyeluruh dan membimbangkan.
Ini berdasarkan kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri yang menyatakan:
“Kerajaan ada melantik Syarikat APCO Worldwide Sdn Bhd untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi kepada Kerajaan Persekutuan secara menyeluruh…APCO Worldwide juga disarankan menjayakan program untuk mempromosi dan meningkatkan imej Malaysia di luar negara. ”
Manakala bagi pihak APCO sendiri, mereka merumuskan penglibatan mereka seperti berikut:
“APCO’s work has included communication support for a broad range of reform initiatives undertaken by the government of Malaysia, especially in the areas of creating jobs, promoting education, and strengthening delivery of services to the people.”
Kenyataan tersebut sebenarnya membuka pekung serta memunculkan lebih banyak persoalan. Ini bukan syarikat perhubungan awam biasa yang sekadar menulis ucapan mahupun kenyataan akhbar ataupun bertindak melonjakkan imej Perdana Menteri walau itupun amat dikesalkan kerana ianya dilakukan menggunakan dana rakyat. Dilaporkan usaha ini menelan belanja sekitar RM 20 juta. Secara sedar atau tidak kenyataan APCO mengakui bahawa lantikannya adalah untuk membantu strategi komunikasi yang menyeluruh, bermakna firma tersebut terlibat secara langsung memberi bantuan komunikasi di dalam pelbagai inisiatif dan dasar kerajaan. Ini bermakna, APCO terlibat secara langsung dalam mempengaruhi mesej yang disampaikan kepada rakyat dan saya akan terangkan dengan mendalam kenapa perkara ini sangat membahayakan kepada rakyat dan negara.
Pada 18hb Mac 2010, APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan mereka dengan gagasan 1Malaysia, kononnya konsep itu wujud sebelum APCO dilantik sebagai firma perunding.
Penafian yang dibuat oleh APCO itu merupakan usaha mereka untuk mengelirukan kita akan tarikh sebenar firma tersebut terbabit dengan pentadbiran Perdana Menteri sekarang. Penafian tersebut menggambarkan bahawa ianya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak, atau Dato’ Sri Najib sendiri, pembantunya atau para penasihatnya.
Sebuah portal berita telah melaporkan pada 28 Julai 2009 setakat mana penglibatan APCO dengan pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Seri Najib.
Antara lain, dilaporkan bahawa perkhidmatan APCO ini diperkenalkan kepada Perdana Menteri oleh Omar Mustapha, penasihat Perdana Menteri yang juga teman lama YB Rembau dan rakan kongsi firma perunding Ethos Consultancy. Saya akan buktikan selepas ini bagaimana perkaitan di antara Omar Mustapha dan APCO sebelum pun APCO dilantik secara rasmi sebagai perunding kerajaan.
Walaupun yang diumumkan kepada negara dan rakyat bahawa 1Malaysia dicetuskan sendiri oleh Perdana Menteri peranan Ethos Consultancy tidak boleh diremehkan. Ternyata kebanyakan dari kita tidak menyedari hubungan akrab eksekutif Ethos dan APCO yang masih berterusan.
Sebab itu kita tidak hairan, sebaik sahaja Dato’ Seri Najib menjadi Perdana Menteri, Omar Mustapha dikhabarkan membawa masuk APCO menjadi perunding komunikasi kerajaan.
Malah, laporan berita tersebut dengan jelas menyatakan bahawa seorang penasihat dari APCO telah pun ditempatkan di pejabat Perdana Menteri sejak dari awal Perdana Menteri mengambil alih.
APCO juga dilaporkan terlibat secara langsung dalam menentukan strategi 100 hari pentadbirannya, termasuklah mesej dan dasar utama seperti 1Malaysia dan inisiatif yang lain.
Berdasarkan laporan tersebut juga pegawai-pegawai kanan kerajaan dikatakan tidak selesa apabila Perdana Menteri ingin menganugerahkan kontrak bernilai RM20 juta kepada APCO untuk meneruskan kerja-kerja rundingan kepada kerajaan. Kontrak itu dijangka dianugerahkan antara bulan Julai dan September 2009; iaitu selepas penglibatan individu dari APCO yang dibawa masuk pada tempoh awal Perdana Menteri mengambil alih.
Semua ini bukan saya yang kata, bukan Pakatan Rakyat yang cipta – semuanya telah pun dilaporkan sejak tahun lalu dan ianya belum pun dinafikan pihak yang dikatakan terlibat.
Sebab itu mengambil kira beberapa peristiwa atau contoh yang berlaku apabila kerajaan ditipu oleh penasihat-penasihat asing sehingga menyebabkan kerugian berbillion ringgit; atau diaibkan di peringkat antarabangsa; saya melihat episod perlantikan APCO ini sebagai satu lagi kelalaian yang boleh merugikan dan membahayakan negara.
Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengingatkan Perdana Menteri dan kerajaan untuk tidak mengulangi kesilapan dan kelalaian lepas apabila terlalu percayakan penasihat asing sehingga kita tidak memeriksa dengan tepat reputasi mereka serta penglibatan mereka sebelum ini. Apatah lagi perlantikan tersebut diselubungi misteri dan tanpa penelitian.

Getting to know Apco and its Israeli links


What is not denied is that Apco is the corporation chosen by Najib to push the1Malaysia concept. This fact alone is bound to backfire, especially on a Muslim government who takes pains to portray itself as a friend of the displaced Palestinians.
Abdar Rahman Koya, Harakah Daily
The name Apco Worldwide has suddenly gained fame (or notoriety) in Malaysia after Opposition Leader Anwar Ibrahim drew comparison of the firm's image-building campaign for its Malaysian client to a similar campaign by the Israeli government.

Anwar in his speech in the Dewan Rakyat on March 17 said that prime minister Najib Abdul Razak's 1Malaysiaconcept was actually an imitation of the 'One Israel' concept of the Zionist regime, who is also a client of Apco.

Anwar's revelation came in the wake of persistent attacks by a few BN MPs, whose attacks on the Opposition Leader since his return to Parliament have become almost an obsession. Chief among them are Khairy Jamaluddin and Mukhriz Mahathir, who have in the past indulged in name-calling and disruption of speeches whenever the former deputy prime minister took the stand. While Mukhriz has openly accused Anwar of sodomy, Khairy's trademark attack is to link Anwar to hawkish characters in the US administration as well as accuse him of being a Zionist agent.

Thus, Anwar's revelation about Apco has briefly put on the defensive those accusing him of being a Zionist agent. But not for long, as only a day later, Apco denied its involvement in the 'One Israel' concept. Khairy wasted no time brandishing Apco's official statement in parliament, with Minister in the Prime Minister Department, Nazri Aziz, threatening to refer Anwar to the privileges committee.

What is not denied is that Apco is the corporation chosen by Najib to push the 1Malaysia concept. This fact alone is bound to backfire, especially on a Muslim government who takes pains to portray itself as a friend of the displaced Palestinians.

Apco's business

Anwar's remarks and Apco's denial have triggered intense interest as to who Apco is. On its website, Apco, which is headquartered in Washington, describes itself as "one of the largest independently-owned communication consultancies" with offices throughout the world.

Margery Kraus, its CEO, founded the company in 1984. Among Apco's speciality is to help its clients to "navigate the complex and often converging worlds of business, industry and finance, media, public opinion and society, and government and public policy."

Besides Apco, Kraus also helped found and develop the Close Up Foundation, an educational foundation sponsored in part by the US Congress. But Kraus is also active in other organisations which are less educational in nature, such as chairing the advisory board of Group Menatep, a Russian holding company, and being involved in Teuza Fund, a venture capital fund publicly traded in Israel's Tel Aviv stock exchange.

The Zionist connection