Tuesday, March 15, 2011

Mengapa Tergila-gilakan DNA Anwar?

Oleh: WFAUZDIN NS

PENDAKWA kes fitnah Liwat II DS Anwar kelihatan bersungguh-sungguh mahu mendapatkan DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kita masih ingat di dalam kes fitnah Liwat I dahulu yang melibatkan Azizan Abu Bakar, pihak mereka telah pun mempunyai sampel DNA DS Anwar.

Persoalannya sekarang, adakah berbeza data sampel DNA DS Anwar yang dahulu dengan DNA beliau sekarang? Sekiranya data yang diperolehi melalui sampel itu sentiasa berbeza dari masa ke semasa, ada lojiknya mereka mahu mengambil DNA DS Anwar untuk kes fitnah II kali ini. Tetapi kita sedia maklum, DNA tidak akan pernah berubah sampai bila-bila. Seperti Kumpulan Darah, jika kita mempunyai Kumpulan Darah `A' , biar berapa kerap pun kita menderma darah, darah kita tetap statusnya dari Kumpulan `A'. Justeru itu, amat menghairankan mengapa begitu `selera' mereka inginkan DNA terbaru DS Anwar. Apakah rahsia di sebaliknya?

Kita jangan bertanya mengapa DS Anwar sukar sekali untuk menyerahkan DNA nya. Paling penting kita harus bertanya untuk apa DNA tersebut diperlukan lagi sedangkan mereka masih menyimpan data DNA DS Anwar dahulu? DS Anwar mempunyai cukup pengalaman di dalam menghadapi karenah tipu daya dan manipulasi pihak-pihak tertentu termasuk DNA nya sewaktu di dalam kes Liwat I terdahulu. Maka, DS Anwar ada sebab untuk tidak menyerahkan DNA nya kali ini.

DS Anwar di dalam blognya ada menyebut, "Dalam kes Altantuya, kenapa mereka tidak minta DNA Najib?” soal Anwar. Beliau juga merasa hairan kerana pihak pendakwa seolah-olah cuba mengalihkan beban pembuktian kes kepada peguam bela sedangkan ia tanggungjawab mereka dan menyifatkan permintaan pendakwa untuk mendapatkan DNA beliau, membuktikan kes Fitnah II sebenarnya bermotifkan politik. “(Pendakwa) hanya untuk menyampaikan mesej politik. Mereka seolah-olahnya berkata ‘kita sudah ada semua bukti dan sekarang apa yang kita perlukan adalah DNA Anwar (untuk mensabitkan beliau)’. Ini tidak masuk akal. “Beban pembuktian terletak pada pihak pendakwa,” kata Ketua Umum KEADILAN itu.

Harus kita ingat, DNA bukan bukti kukuh untuk menyabitkan seseorang kerana kemungkinan DNA boleh di manipulasikan juga agak besar. Bahkan, seorang pakar mengakui hakikat ini di mana tiada jaminan seseorang itu boleh mengelak dari menjadi mangsa akibat DNA yang bertujuan untuk menganiayainya. Baca di sini.

Bayangkan, jika anda memasuki sebuah tandas awam untuk membuang air dan tanpa anda sedari sehelai bulu anda tertinggal di tandas tersebut. Tidak beberapa lama selepas anda keluar dari tandas berkenaan, berlaku satu pembunuhan di dalam tandas yang anda masuki tadi. Apabila siasatan dijalankan, pihak berkuasa menjumpai bulu anda dan dilakukan ujian DNA. Maka, terbukti itu adalah data DNA anda dan anda pun dituduh sebagai pembunuh. Adakah itu adil buat anda? Sebab itu, DNA dikatakan bukan bukti kukuh untuk menyabitkan seseorang. DNA hanya berfungsi sebagai bukti sokongan sahaja.

Tidak dapat dinafikan DNA memang penting sebagai membantu di dalam beberapa kes terutamanya yang melibatkan jenayah. Di dalam kes DS Anwar ini, mereka telah mempunyai rekod data DNA DS Anwar yang terdahulu, maka adalah lebih praktikal jika data DNA itu diguna pakai tanpa memerlukan DNA yang baru apatah lagi dengan cara helah atau penipuan.

Mudah-mudahan kita yang mengikuti kes fitnah Liwat II kali ini tidak mudah diperdayakan oleh mereka dan media pencacai yang sering menggambarkan bahawa DS Anwar takut untuk menyerahkan DNA nya. Media pencacai ini akan terus mencari jalan untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap DS Anwar seperti apa yang telah mereka lakukan sebelum ini dengan isu sumpah laknat. Mereka tidak merujuk kepada hukum Islam asalkan mereka dapat memperdayakan kita. Peliknya, media pencacai ini tidak pula memberi perhatian apabila permohonan DS Anwar untuk membawa kes Qazaf ke Mahkamah Syariah ditolak angkara seorang Menteri yang kununnya berjiwa Islam. Bukankah jalan Qazaf itu adalah kaedah Islam?/wfauzdin.blogspot.com

isu mubahalah

Friday, March 11, 2011

Ku Li calls Dr M a ‘political liar’

Dari Malaysian Insider
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/ku-li-calls-dr-m-a-political-liar/

Tengku Razaleigh Hamzah said tonight that as Allah was his witness, he had never engaged in vote buying as alleged by Tun Dr Mahathir Mohamad in the latter’s autobiography out earlier this week.
The veteran Umno leader also accused his old foe Dr Mahathir of engaging in “political lying” in his recollection of what transpired during the contentious 1987 party polls.
“I never steal. I never cheat,” he said in Ipoh tonight when launching an unrelated book.
“Again, I am accused of bringing the party to court. I am also alleged to be involved in money politics during the 1987 party contest. I do not have that sort of money. I have no cronies. In fact, I am against money politics. As Allah is my witness, I have not done all those things. Yet I have always been returned every time I stood in Gua Musang.”
Dr Mahathir had written in his book that Tengku Razaleigh would have become prime minister if he was more patient.
The former prime minister also accused the Team B faction led by the Kelantan prince of a dirty campaign to unseat him as president in the fractious Umno elections of 1987, resulting in the High Court declaring Umno illegal.
“Had Tengku Razaleigh been more patient, he would probably have taken Tun Musa (Hitam)’s place as deputy prime minister and eventually become prime minister,” Dr Mahathir wrote in his book titled “A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad”.
Malaysia’s longest-serving prime minister claimed in the book that Tengku Razaleigh’s Team B had resorted to money politics in the campaign.
“We also heard that Team B spent about RM20 million on their campaign, with most of the money provided by Tengku Razaleigh himself,” he wrote.
“Voting had to be halted halfway for members to attend Friday congregational prayers, but Team B supporters used the interval to campaign. They were seen following targeted delegates to their hotels, even into the toilet, and I was told that a lot of money changed hands,” he said of the party polls that took place on April 24, 1987.
“They also circulated a photograph of me with a Chinese lady who they alleged was my Singaporean wife. In fact, she was the wife of an old university classmate, and the picture had been taken at their daughter’s wedding,” he added.
Responding tonight, Tengku Razaleigh also mocked Dr Mahathir’s book, calling it comedic.
“Political lying comes through the media and sometimes by writing so-called books of memoirs. One book was recently launched under a pseudo title called ‘Doctor in The House’.
“I say ‘pseudo’ because it is a copycat title of a famous British comedy film of the 1950s based on a novel by Richard Gordon. Perhaps it was deliberate, as it does reflect some comedianship, apart from political lying. The ‘Doctor in The House’ makes allegations against me which are not new,” said Tengku Razaleigh.
In the aftermath of the 1987 Umno elections, Tengku Razaleigh was not willing to accept defeat and challenged the results in court on the grounds that 53 Umno branches were not properly registered.
High Court judge Tan Sri Harun Hashim eventually dismissed the suit but ruled that the existence of unregistered branches meant that Umno itself was an illegal party.
In 1988, Dr Mahathir registered a new party, Umno Baru, that exists up to now, although it is now simply known as Umno.

Thursday, March 10, 2011

Amaran ahli sains: Bukti DNA boleh dipalsukan dan diletakkan di lokasi jenayah

Oleh Fiona Macrae
Ahli-ahli sains telah membuktikan wujud kebarangkalian pemalsuan bukti DNA, sekaligus berpotensi memusnahkan kredibiliti teknik utama forensik.
Dengan menggunakan peralatan yang boleh dijumpai di makmal-makmal di seluruh negara, mereka melenyapkan semua kesan DNA dari sampel darah dan menambah bahan genetik individu lain pada sampel tersebut.
Pemalsuan ini sangat berjaya sehingga mampu memperdaya ahli-ahli sains yang menjalankan ujian DNA cap jari di mahkamah-mahkamah di Amerika Syarikat.
Perkembangan ini menimbulkan kemungkinan sampel darah atau air liur diletakkan di lokasi di mana jenayah berlaku, sehingga mengakibatkan mereka yang tidak bersalah dihukum manakala mereka yang bersalah terlepas bebas.
Menurut Dan Frumkin, penyelidik yang menghasilkan DNA palsu menyatakan: ‘Jika anda boleh memalsukan darah, air liur atau mana-mana tisu, anda boleh mencipta lokasi jenayah. Mana-mana pelajar jurusan biologi pun mampu melakukannya.
Dr. Frumkin — yang mendakwa bahawa syarikatnya telah berjaya mencipta kit untuk membezakan sampel DNA sebenar dengan yang palsu – menggunakan dua teknik untuk memalsukan bukti. 
Pada peringkat awal, mereka akan akan mengasingkan sampel minit bahan genetik dari helaian rambut dan menggandakannya beberapa kali.
Kemudian mereka akan memasukkan DNA ini ke dalam sel darah yang telah diasingkan dari segala klu genetik pemilik asal.
Kini sel darah ini mengandungi cap jari genetik milik individu pertama, demikian menurut laporan Journal Forensic Science International: Genetics.
Secara teori, ianya boleh diletakkan di tempat kejadian jenayah. Rambut, gula getah, puntung rokok, cawan dan gelas boleh membekalkan sampel awal DNA.
Syarikat ini juga telah membangunkan satu teknik yang rumit, yang mana bergantung kepada pengetahuan mengenai cap jari DNA – satu ‘kod bar’ genetik daripada 20 set kedudukan-kedudukan pada satu rantaian DNA seseorang individu.
Ahli sains ini telah membina ‘perpustakaan’ yang mengandungi ratusan cebisan DNA yang merangkumi semua kod genetik yang muncul di tempat-tempat yang telah diperiksa oleh polis. Untuk membuat padanan satu-satu cap jari, mereka hanya perlu mencari dari ‘perpustakaan’ untuk gabungan yang betul dan dicampurkan di dalam tabung uji.
Para pengkaji percaya, lambat laun teknologi ini bakal digunakan oleh penjenayah.
Mereka memberi amaran: ‘Bukti DNA adalah kunci kepada sabitan atau pembebasan suspek daripada pelbagai bentuk jenayah, waima dari rogol hinggalah bunuh. Namun begitu, kita telah terlepas perhatian akan kemungkinan yang menggusarkan bahawa bukti DNA boleh dipalsukan.
‘DNA dengan profil genetik yang diinginkan dengan mudah disintesis (baca: dihasilkan melalui makmal) dengan hanya menggunakan teknik biologikal biasa dan yang baru dibangunkan, diintegrasi ke dalam tisu manusia atau dibubuh pada permukaan-permukaan objek, dan kemudiannya diletakkan di tempat kejadian jenayah.’
Namun pakar British berpendapat adalah suatu yang hampir mustahil bagi mana-mana penjenayah untuk melakukan sesuatu seperti itu. Dr. Gill Tully dari Perkhidmatan Sains Forensik Kerajaan menyatakan:
‘Anda memerlukan satu makmal biologi molekul yang lengkap, peralatan yang bernilai ribuan pound dan seorang ahli sains biologi molekul yang cekap atau juruteknik makmal.’
‘Dan majoriti daripada mereka yang terlibat dengan jenayah tidak akan mempunyai akses kepada bahan-bahan ini.’
Dr. John Manlove, seorang ahli sains forensik dan saksi pakar di dalam kes-kes mahkamah, berkata: ‘Ya, ianya satu kemungkinan dari segi sains, tetapi ia adalah untuk seseorang yang benar-benar terdesak.
‘DNA adalah sangat penting di dalam sesuatu kes, tetapi penyiasatan tidak harus berasaskan kepada bukti DNA semata-mata.’
—–
Diterjemahkan oleh Dr. Afif Bahardin dan Najwan Halimi dari artikel berjudul “DNA evidence can be fabricated and planted at crime scenes, scientists warn” tulisan Fiona Macrae yang diterbitkan di laman The Daily Mail UK pada 19 Ogos 2009.

Tuesday, March 8, 2011

Bukti Pemalsuan DNA

SURAT RAYUAN TERBUKA
Mat Zain bin Ibrahim                                                         5 hb.Januari 2011
Kepada;
Yang Berbahgia Datuk Idrus Harun,
Peguam Cara Negara Malaysia,
(Solicitor General of Malaysia)
Jabatan Peguam Negara,                                              Dengan tangan.
Block C3,Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62152 Putrajaya.
YBhg.Datuk,
Maklumat mengenai penipuan dan pemalsuan-pemalsuan yang dilakukan berkenaan ujian Deoxyribonucleic Acid (“DNA”) dalam kes berprofil tinggi 1998.
Assalamualaikum YBhg.Datuk,semoga dalam sihat walfiat.
2.         Sehubungan dengan perkara tajuk,sukacita saya menjemput YBhg.Datuk menyemak semula surat saya bertarikh 27hb.Disember 2010,berkaitan isu diatas yang dialamatkan kepada YDH Tan Sri Ketua Polis Negara, dengan salinannya kepada YAB Perdana Menteri Malaysia dan YBhg.Datuk sendiri yang diakui telah diterima oleh masing-masing pada tarikh berkenaan juga.
2.1.      Dalam Surat Rayuan Terbuka ini,saya akan tinggalkan dahulu buat sementara waktu, kandungan maklumat-maklumat berkaitan perkara tajuk,yang saya huraikan dalam Bahagian II dan Bahagian III dalam muka surat 7 hingga 20 surat tersebut.Saya berasa yakin bahawa YDH Ketua Polis Negara sedang dalam proses menyiasat kesahihan maklumat-maklumat berkaitan perkara tajuk dalam Bahagian II , manakala maklumat berkaitan “subsequent conduct” individu tertentu dalam Bahagian III surat tersebut.
2.2.      Dalam surat saya bertarikh 27.12.2010 itu juga,saya telah jelaskan bahawa sebarang siasatan mengenai maklumat diatas,perlu merujuk kepada kertas siasatan kes mata-lebam oleh kerana beberapa insiden yang berlaku adalah “bertindih” (overlapping) lebih-lebih lagi “pemain utama” kedua-dua kes pemalsuan dalam insiden mata-lebam dan pemalsuan “DNA” adalah sama.
3.         Fokus saya dalam Surat Rayuan Terbuka ini adalah kepada Bahagian I surat tersebut iaitu;
3.1.      Berkaitan dengan “Penjelasan dan Jawapan secara bertulis kepada soalan-soalan yang tidak sempat dijawab semasa sessi penggulungan perbahasan Bajet 2011” yang diberi oleh YB Dato’Seri Hishammuddin Tun Hussein (YB Hishammuddin),Menteri Dalam Negeri,pada 2.12.2010,sebagai menjawab soalan daripada YB Tuan Lim Kit Siang dan;
3.2.      Berkaitan dengan “Ministerial Statement” oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri,YB Dato’Seri Mohamed Nazri Abdul Azizi (YB Nazri)), dibawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) pada 14.12.2010,sebagai penjelasan kepada usul memotong RM10 daripada gaji Peguam Negara yang dibangkitkan oleh YB Tuan Lim Kit Siang juga.Saya percaya YBhg.Datuk sedar bahawa kenyataan berkenaan adalah terbit daripada arahan khusus Jemaah Menteri kepada YB Nazri dan seorang lagi Menteri Kanan iaitu YB Dato’Seri Utama Dr.Rais Yatim (YB Rais Yatim),supaya mendapatkan penjelasan lanjut daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (Gani Patail) sendiri, berkaitan isu yang dibangkitkan sekembalinya Gani Patail daripada Mekah setelah menunaikan Haji musim  lalu.
3.3.      Saya percaya YBhg.Datuk akan bersetuju dengan saya, jika saya katakan bahawa, YB Hishammuddin dan YB Nazri mahupun YB Rais Yatim TIDAK mempunyai ekses kepada kertas siasatan Polis ataupun SPRM.Mereka juga TIDAK mempunyai sebarang kuasa penyiasatan sepertimana terdapat dalam Kanun Prosidur Jenayah (CPC), ataupun kuasa berkaitan pendakwaan atau perkara yang incidentalmengenainya,sepertimana yang dibekalkan kepada Peguam Negara,mengikut Artikel 145(3) dan 145(3A) Perlembagaan Persekutuan.Oleh hal yang demikian pengumuman yang telah dibuat oleh YB Hishammuddin dan YB Nazri secara berasingan itu, adalah semata-mata berdasarkan kepada fakta-fakta yang dibekalkan dan nasihat yang diberikan oleh Peguam Negara,kerana perkara-perkara pengumuman berkenaan adalah berkaitan siasatan dan undang-undang.
4.         Saya percaya YBhg.Datuk sendiri turut sedar bahawa pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua YB Menteri berkenaan mengandungi fakta-fakta dan/atau maklumat-maklumat mustahak yang tidak benar dan/atau yang mengelirukan dan/atau yang telah dipesongkan (distorted).Saya juga percaya YBhg.Datuk turut sedar dengan demikian itu, Peguam Negara sama ada secara sengaja atau sebaliknya,  telah menyebabkan YB Hishammuddin dan YB Nazri membuat pengumuman yang mengelirukan dalam Parlimen atau lebih jelas lagi, jika saya katakan, mereka telah memberi maklumat palsu kepada rakyat.Akibatnya, kedua-dua YB Menteri terlibat, mungkin terdedah kepada risiko dikenakan sesuatu tindakan undang-undang.
4.1.      Tindakan Peguam Negara boleh diibaratkan,sebagai “sebuah roda yang terbenam didalam lumpur yang licin.Lebih ligat roda tersebut diputarkan untuk keluar dari lumpur tersebut,lebih dalam ia akan terbenam”. Begitulah keadaannya dalam isu ini.Lebih ligat Peguam Negara memutar belitkan undang-undang,fakta dan keterangan,untuk keluar daripada masaalah penipuan dan pemalsuan yang beliau telah lakukan sendiri,lebih kuat beliau menjerut leher sendiri.Malangnya orang lain yang tidak berkenaan pula turut menjadi mangsa keadaan.
5.         Bagi meleraikan kekalutan diatas,yang telah berlarutan selama 12 tahun,saya merayu YBhg.Datuk,atas sifat Peguam Cara Negara,yang boleh dalam keadaan tertentu bertindak sebagai Pendakwa Raya,mengeluarkan kenyataan resmi kepada umum, bagi mengesahkan posisi  YBhg.Datuk sendiri dalam hal ini. Adalah sangat tidak wajar untuk pihak Peguam Negara mencari perlindungan di-belakang Menteri-Menteri dalam membuat kenyataan-kenyataan berkenaan perkara penyiasatan dan pendakwaan,sedangkan YBhg.Datuk sendiri yang telah berhujah menyatakan bahawa Perdana Menteri pun bukan “competent authority” untuk membuat kenyataan sedemikian bagi pihak Peguam Negara.Saya jemput YBhg.Datuk merujuk kepada kes yang diperturunkan dibawah;
5.1.      Dalam Rayuan Jenayah No:43-(70)-2008,Keputusan “Decision on Revision” oleh Hakim Mahkamah Tinggi Yang Ariff  Dato’Mohamad Zabidin bin Mohd.Diah bertarikh 5.3.2009.
“Suffice for me to say I agree with learned SDPP’s submission that “it is well settled that the authority or discretion to institute a prosecution and all other powers incidental to it,is vested with the Attorney-General by virtue of Article 145(3)and 145(3A) of the Federal Constitution.Such being the case,any promise with regard to the prosecution or anything incidental to it can only be made by the Attorney-General and not the Prime Minister.Surely,the Prime Minister could not be seen to be making promise on behalf of a competent authority which is given the exclusive discretion under the Federal Constitution with regard to prosecution or any matter incidental thereto.”
5.2.      Dalam premis diatas, diharap YBhg.Datuk dapat memberikan penjelasan mengenai status kenyataan YB Nazri yang beliau buat pada 14.12.2010 dan sama ada YB Menteri berkenaan merupakan “competent authority” membuat kenyataan sedemikian bagi pihak Peguam Negara.Lebih-lebih lagi kenyataan tersebut menyentuh bidang kuasa Pendakwa Raya.YBhg.Datuk juga wajar menjelaskan sama ada Jemaah Menteri merupakan “competent authority” untuk mengistiharkan perlantikkan Ahli Panel Bebas berkenaan sebagai “sah” atau sebaliknya,  dan sama ada YB Menteri boleh mengistiharkan sesuatu siasatan kes jenayah itu ditutup.
6.         Untuk faedah umum dan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan berkaitan perkara dalam persoalan ini,saya merayu YBhg.Datuk menjelaskan persoalan-persoalan yang berikut dibawah dengan telus dan ikhlas.Semoga penjelasan  YBhg.Datuk berikan kelak, akan dapat menyelesaikan kemelut ini “once and for all”.Tidak dapat tiada isu pemalsuan keterangan dalam insiden mata-lebam, akan berbangkit semula apabila siasatan menyeluruh dijalankan berkaitan maklumat sepertimana perkara tajuk.Persoalan utama adalah seperti berikut dibawah;
6.1.      Benar atau tidak terdapat tiga (3) laporan perubatan yang berbeza antara satu sama lain,yang disediakan oleh Dr.Abdul Rahman Yusof.Laporan pertama disediakan pada 26.10.1998 atas arahan Gani Patail.Laporan kedua (yang akan dirujuk sebagai Ekshibit-A9) dan Laporan Ketiga masing-masing tanpa bertarikh disediakan oleh Dr.Rahman diantara 14.12.1998 hingga 21.12.1998 yang diarahkan oleh Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham Mohtar),Peguam Negara ketika itu.
6.2.      Benar atau tidak dua(2) daripada tiga(3) Laporan diatas,iaitu Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 dan Ekshibit-A9 telah dikemukakan dalam prosiding Suruhanjaya Di-Raja Tersebut,dan dirakamkan dalam Laporan Suruhjaya berkenaan.
6.3.      Benar atau tidak Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 yang penyediaannya diarahkan oleh Gani Patail,tidak terdapat dalam Laporan Suruhanjaya yang kemudiannya diperkenankan oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong.
6.4.      Jika Gani Patail dan/atau Tan Sri Musa Hassan (Musa Hassan),dan/atau Dr.Rahman dan/atau ACP Mat Zain Ibrahim (ketika itu Pegawai Penyiasat kes mata-lebam),sama ada secara bersendiri atau berpakat,tidak terlibat dengan apa cara sekalipun dalam pembikinan ketiga-tiga Laporan Perubatan seperti yang tersebut diatas,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan bagaimana laporan-laporan tersebut,kesemuanya berjumlah 65 muka surat, boleh ujud dan siapa yang bertanggungjawab dalam pembikinannya.
(i)         Bolehkah YBhg.Datuk turut jelaskan bagaimana laporan-laporan berkenaan boleh berada dalam kertas siasatan mata-lebam,kertas siasatan SPRM dan Laporan Suruhanjaya Di-Raja tersebut.
6.5.      Berkaitan dengan kuasa Peguam Cara Negara (Solicitor General-SG) sepertimana terkandung dalam Seksyen 376 Kanun Prosidur Jenayah (CPC).
(i).        Benarkah mengikut Seksyen 376 (2)CPC,kuasa SG sama dengan kuasa yang ada pada seorang Timbalan Pendakwa Raya (DPP) sahaja.Apabila SG bertindak sebagai Pendakwa Raya ketika ketiadaan Peguam Negara atau pada waktu ia tidak berupaya bertindak sebagainya,adalah untuk “administrative purposes” sahaja dan tidak melibatkan pengambilan “kuasa penuh” Pendakwa Raya. Kuasa penuh Pendakwa Raya hanya boleh dilaksanakan oleh Peguam Negara seorang sahaja yang dilantik oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong.
(ii)        Semua DPP,dan termasuk SG,boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang ada atau yang boleh dijalankan oleh Pendakwa Raya dengan atau dibawah CPC atau mana-mana undang-undang bertulis kecuali (diulangkan)..kecuali apa-apa hak atau kuasa yang dinyatakan wajar dilakukan oleh Pendakwa Raya sendiri, iaitu;
a)         Melantik DPP dibawah Seksyen 376  subseksyen (3)CPC,dibaca bersama dengan Seksyen 376 subseksyen (4).
b)         Menandatangani sijil dibawah Seksyen 418A subseksyen (2) CPC iaitu untuk memindahkan perbicaraan dari Mahkamah Rendah kepada Mahkamah Tinggi.
c)         Perintah menjalankan perbicaraan terhadap pengarang,tuan punya, pencetak atau penerbit sebarang buku atau surat khabar yang didaftarkan dibawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 atau dibawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986.
6.5.1.  Sehubungan perkara diatas,izinkan saya merujuk  sekali lagi nota prosiding Rayuan Jenayah 43-(70)-2008 mengenai “Decision on Revision” di-hadapan Hakim YA Dato’Mohamad Zabidin bin Mohd.Diah.Dalam hujah pihak Pendakwaan,YBhg.Datuk  sendiri telah menekankan dengan membawa contoh-contoh case-laws bahawa hanya Pendakwa Raya sahaja yang mempunyai kuasa untuk menandatangani sijil dibawah Seksyen 418A tersebut,oleh kerana keperluan tersebut adalah “statutory requirement”,atau dalam bahasa mudah ianya adalah kehendak undang-undang.Jika demikian,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan mengapakah aplikasinya dalam perlantikkan DPP mengikut Seksyen 376 (3) CPC dibaca bersama dengan Seksyen 376(4) berbeza dengan apa yang YBhg.Datuk hujahkan di-Mahkamah,sedangkan undang-undang yang dipakai ialah CPC yang sama.
6.6.      Dengan mengenepikan persoalan kesahihan perlantikkan DPP-DPP berkenaan sebagai Ahli Panel Bebas,diharap YBhg.Datuk jelaskan sama ada sekumpulan DPP yang dilantik sedemikian itu mempunyai hak dan kuasa untuk mengadili (adjudicate) perkara berkaitan kelakuan dan/atau salah-laku jenayah seorang Peguam Negara,sama sepertimana hak dan kuasa sebuah Tribunal yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri mengikut Perlembagaan Persekutuan.
6.7.      Saya percaya YBhg.Datuk tidak akan menafikan telah menerima ketiga-tiga laporan perubatan disediakan oleh Dr.Rahman dalam persoalan ini,menerusi salinan surat-surat saya bertarikh 15.4.2009 dan 7.5.2009.Saya percaya YBhg.Datuk bukan orangnya yang akan membakul-sampahkan dokumen-dokumen tersebut, sebaliknya YBhg.Datuk telah meneliti kesahihan laporan-laporan berkaitan dengannya.
6.7.1.  Oleh hal yang demikian itu,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan,keterangan yang macam mana lagi  YBhg.Datuk ingin cari.
6.7.2.  Malahan dengan hanya bersandarkan laporan saya bertarikh 15.4.2009 dan 7.5.2009 itu sahaja,saya yakin YBhg.Datuk telah boleh membentuk suatu kes prima facie terhadap Gani Patail dan orang atau orang-orang yang bersubahat dengannya, kerana memalsukan keterangan ketika proses penyiasatan kes mata lebam,tanpa perlu merujuk kepada kertas siasatan kes  itu sendiri ataupun kertas siasatan SPRM berkaitan.
YBhg.Datuk,
7.         Saya telah menunggu sehingga hari ini 5hb.Januari 2011untuk mengedarkan maklum balas bersangkutan dengan kenyataan yang dibuat oleh YB Menteri-Menteri tersebut itu.Saya percaya YBhg.Datuk dan khasnya Gani Patail,masih ingat bahawa dua belas tahun lalu, pada 5hb.Januari 1999, Peguam Negara,Allahyarham Mohtar telah mengeluarkan Press Statement yang disediakan oleh Gani Patail berkaitan dengan Penyiasatan Polis dalam insiden mata-lebam kepada umum.Saya sendiri tidak akan lupa tarikh bersejarah ini.
7.1.      Press Statement  5.1.199 inilah yang telah memusnahkan kredibiliti PDRM dan khasnya Pasukan Penyiasat insiden mata lebam ketika itu.Press Statement ini juga telah menyebabkan Jemaah Menteri terpedaya untuk mempercayai bahawa PDRM tidak berupaya untuk menangani sesuatu siasatan jika melibatkan pucuk pimpinan tertinggi sendiri,dan dalam hal ini penglibatan Ketua Polis Negara.Akibatnya Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa Suruhanjaya Di-Raja pula dibentuk untuk mengambil alih siasatan daripada Polis.
7.2.      Bagaimanapun PDRM akhirnya telah membuktikan bahawa ia adalah satu Pasukan yang berkecuali dan professional dan mampu menjalankan penyiasatan yang adil “without fear or favour”,sekalipun ianya adalah terhadap orang nombor satunya.Ini telah diakui oleh Ahli Suruhanjaya Di-Raja tersebut sepertimana yang dirakamkan dalam “Part Two,muka surat 69 perenggan 6.6.Laporan Suruhanjaya”,walaupun ramai yang tidak menyedarinya atau mempedulikannya.
8.         Saya percaya YBhg.Datuk serta Pimpinan Tertinggi dalam Jabatan Peguam Negara,turut sedar, bahawa Press Statement 5.1.1999 itu adalah merupakan bukti utama yang boleh digunakan untuk mensabitkan beberapa kesalahan jenayah terhadap Gani Patail dan orang atau orang/orang yang bersubahat dengannya,berkaitan penipuan dan pemalsuan keterangan.
8.1.      Bersempena dengan ulang tahun ke-duabelas Press Statement 5.1.1999 itu pada hari ini,saya mengajak YBhg.Datuk “to come clean” untuk menyelesaikan kemelut ini.
9.         YBhg.Datuk bebas memilih untuk terus melindungi perbuatan jenayah ini dan terpaksa bersedia untuk terus berbohong untuk menutup pembohongan terdahulu yang tidak akan berkesudahan, ataupun YBhg.Datuk memilih untuk menyelamatkan kredibiliti Jabatan Peguam Negara pada hari ini,supaya membolehkan YBhg.Datuk dan rakan-rakan yang lain membuka tirai baru dalam membawa AG’s Chambers kezaman kecermelangannya sebelum 1998.
9.1.      Apa pun pilihan yang akan dibuat,saya inginkan YBhg.Datuk tahu bahawa penipuan dan pemalsuan yang dilakukan sejak 1998 itu dan terus terpaksa dilakukan sehingga hari ini, adalah berputik daripada perasaan marah, dendam peribadi dan keegoan sesaorang yang mengambil kesempatan situasi tidak menentu ketika itu.
10.       Akhir kata saya menuntut maaf sekiranya surat rayuan terbuka saya kepada YBhg.Datuk ini membebankan,dan saya memohon maaf juga sekiranya terdapat kata-kata saya yang terlanjur atau menyinggung perasaan.Saya pernah membuat rayuan yang serupa kepada Allayarham Tan Sri Peguam Negara ketika itu, menerusi minit saya dalam muka surat 26 hingga 29 perenggan 10,11 dan 12 bertarikh 27.1.1999,dan diharap YBhg.Datuk sudi melihatnya jika ada kelapangan.
Salam sejahtera, selamat maju jaya dan Selamat Tahun Baru.
Terima kasih.
Yang benar,
(Mat Zain bin Ibrahim)
5hb.Januari 2011.
Nota:Surat Asal telah diakui terima oleh Pejabat Peguam Cara Negara @ 0850 pagi  5.1.2011)

Monday, March 7, 2011

Krisis Perlembagaan 1993 - 1

SIAPA PENGKHIANAT....??

dari http://www.tranungkite.net/lama/berita11/jajahc8.htm

1. Antara EZAM dan Mahathir@Mahafiraun siapakah Pengkhianat Negara sebenarnya.

EZAM MOHD.NOR- KETUA PEMUDA KeADILan

· Seluruh media kroni UMNO@BN secara rasminya dan gah mengatakan EZAM adalah penghianat negara ( Kalau ikut undang-undang Mahathir@Mahafiraun hukumanya adalah bunuh ) … kerana memburukkan Mahathir dan Malaysia. Dengan kenyataanya sistem kehakiman Malaysia dan segala-galanya dikuasi oleh kuasa politik UMNO@BN , serta Mahathir@Mahafiraun Perdana Menteri yang pentingkan kronisme dan nepotisme.

EZAM sendiri dengan rasminya mengaku apa yang beliau perkatakan…dan memohon tindakkan mahkamah diambil jika perkara yang dikatakanya itu adalah fitnah serta pembohongan.

· Parti KeADILan Nasional yang diwakili EZAM ke Amerika telah dituduh dan disahkan oleh MEDIA KRONI UMNO@BN kerana melantik Syarikat Perunding Imej dari Amerika Syarikat untuk melobi seluruh negara dalam dunia agar meminggirkan Malaysia dari apa jua segi hubungan perniagaan dan diplomatik dengan bayaran upah sebanyak RM 150,000.00 sehaja…..??? Kenyataan ini telah disokong oleh penjilat dan juak-juak UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun .

Perkara ini telah dinafikan oleh EZAM serta Parti KeADILan Nasional secara rasmi.

MAHATHIR@MAHAFIRAUN - PERDANA MENTERI@MAHARAJA MALAYSIA.

· Pada tahun 1969 & 1971…. Mahathir@Mahafiraun secara rasmi dan sah membuat kenyataan di Filipina dan Britain bahawasanya Almarhum Tunku Abdul Rahman adalah Perdana Menteri Malaysia yang bodoh serta hanya mengikut telunjuk kaum CINA serta Malaysia adalah negara yang paling teruk serta paling tak guna begitu juga rakyatnya yang bodoh lagi dungu….???… Mahathir@Mahafiraun tidak pernah menafikan kenyataan ini dan beliau sendiri mengakuinya.

· Pada tahun 1960an Mahathir@Mahathir menulis buku “ Delima Melayu “ dan ia diharamkan oleh Kerajaan Malaysia…kerana isi kandungan buku ini menghina orang Melayu serta Malaysia. Mahathir@Mahafiraun sendiri telah menarik pengharaman buku “ Delima Melayu “ sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dan buku ini dijadikan bahan rujukan sistem Pemerintahan Malaysia sekarang…dan ini memang diakui sendiri oleh juak-juka UMNO@BN .

· Mahathir@Mahafiraun sendiri dengan rasmi mengatakan ( pada ucapan 31/8/2000 ) bahawa persatuan CINA ( SUQUI ) dan Al-Maunah adalah komunis.

· Mahathir@Mahafiraun sendiri pernah melantik seorang AGEN KGB sebagai Setiausaha Sulitnya.

· Mahathir@Mahafiraun sendiri telah mengakui jika sekatan ekonomi dikenakan keatas Malaysia… rakyat marhain yang golongan rendah akan mendapat susah……tapi para PEMIMPIN UMNO@BN serta juak-juaknya tidak akan menerima apa-apa kesan dari kemerosotan dan sekatan ekonomi. Pemimpin UMNO@BN serta juak-juaknya memang tidak terjejas kerana mereka sejak dari dahulu lagi telah bersedia dengan kemungkinan kemorosotan dan sekatan ekonomi terhadap Malaysia.

· Mahathir@Mahafiraun sendiri telah melantik syarikat USA ( pemiliknya adalah orang Israel ) menjadi perunding imej serta penasihat kewangan kerajaan UMNO@BN

· Mahathir@Mahafiraun sendiri pernah mendapat latihan di Sekolah Latihan CIA di Amerika.

· Mahathir@Mahafiraun sewaktu belum menjadi anggota kabinet dan selepas menjadi anggota kebinet telah mengunakan pentas antarabangsa untuk menghina dan memperlekehkan bangsa dan rakyat Malaysia serta kepimpinan yang ada……??? Begitu jua dengan isu DSAI….dia mengunakan pentas antarabangsa untuk mempengaruhi Sistem Kehakiman di Malaysia agar DSAI dijatuhkan hukuman yang zalim.

· Mahathir@Mahafiraun sendiri bersedia membebaskan DSAI jika ISNA membenarkanya dia berucap dimajlis anjuran ISNA.

· Mahathir@Mahathir sendiri meluluskan (sewaktu Malaysia menjadi ahli majlis keselamatan PBB ) serangan keatas orang Islam di IRAQ ketika perang Teluk.

· Mahathir@Mahathir sendiri merestui ( sewaktu Malaysia menjadi ahli majlis keselamatan PBB ) serangan keatas orang Islam di Palastein oleh Israel.

· Mahathir@Mahafiraun sendiri mengakui mempunyai hubungan baik dan perniagaan dengan Presiden CUBA (negara komunis ) - Fidel Castro.

· Mahathir@Mahafiraun sendiri mengakui tafsiran Al-Quran dan As-Sunnah oleh ulama terdahulu tidak bersesuaian dengan zaman sekarang dan penafsiran baru harus dibuat mengikut citarasa semasa.

· Mahathir@Mahafiraun sendiri mengatakan Nabi Muhammad s.a.w tidak bercukur janggut kerana waktu itu tak da pisau cukur.

· Mahathir@Mahafiraun sendiri mengatakan mana-mana negara yang mengamalkan sistem pemerintahan serta ekonomi Islam akan menjadi mundur serta dipinggirkan oleh masyarakat antarabangsa.

· Mahathir@Mahafiraun sendiri mengatakan orang Melayu adalah orang mundur dan lemah serta tidak mampu untuk bersaing dengan mana-mana bangsapun dalam apa jua bidang di Malaysia ini, kerana orang Melayu sejak dari dahulu memang lemah dan bodoh.

· Mahathir@Mahafiraun sendiri mengatakan Hukum Bunuh dalam Isu Murtad sebagai satu perbuatan zalim dan tidak adil.

· Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN …melaksanakan perkara berikut, apakah ia tidak mengkhianati negara.

1. Projek KLIA, BAKUN, KERPAN, E-VILLAGE, MSC, CYBER JAYA, PUTRA JAYA, F1 SEPANG, MONOREL, LRT, KL CENTRAL, INDAH WATER, DANA HARTA, DANA MODAL.

2. Penerbitan BON BANK NEGARA kepada pelabur asing.

3. Memiliki akaun peribadi di Negara Asing.

4. Mengumpul serta miliki harta dan kekayaan di Negara Asing

5. Membawa dan memfaraitkan khazanah negara kepada Negara Asing.

6. Menjadikan LABUAN sabagai Zon Bebas Kewangan.

7. Merayu dan melutut kepada negara asing untuk mendapatkan kewangan dan kuasa.

8. Kewangan, Harta, Kuasa difaraitkan dan diagih-agihkan kepada kroni dan juak-juak UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun sehaja.

9. Rakyat dihalang bersuara menyatakan pendapat serta dinafikan hak seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

10. Orang Islam dihalang menerima ajaran dan pendidikan agama Islam dari ULAMA yang dihormati serta muktabar.

11. Sistem pendidikan negara wajib mengunakan sistem pendidikan sekular dan menolak sistem pendidikan Islam.

12. Agama Islam hanya sebagai agama rasmi, tapi orang Islam bebas menjadikan Islam sebagai pakaian sehaja…bukannya disimpan didalam hati dan menjiwai apaka itu Islam yang sebenarnya.

13. Agama Islam hanya sebagai agama rasmi, tapi hukum Islam (HUDUD) tidak boleh dilaksanakan di negara Malaysia.

14. Orang Melayu hanya layak menjadi kaum bumiputra sehaja dan berhak hanya 30% keatas kekayaan negara, serta dihalang untuk bersaing dengan lain-lain kaum di Malaysia yang memiliki 70% kekuatan ekonomi dan kuasa.

15. Rakyat dan Bangsa Malaysia hanya layak angguk sehaja, tapi tidak layak mengelengkan kepala mereka jika diminta oleh UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun .

Dengan ini rakyat dan bangsa Malaysia boleh menilai siapakah pengkhianat negara dan agama yang sebenarnya…tak perlu kita nak mencari siapakah yang bersalah sebenarnya…..???

Sebagai rakyat dan bangsa Malaysia kita wajib melihat apakah tujuan sebenarnya ISU PENGKHIANATAN ini gembar-gemburkan oleh media kroni serta juak-juak UMNO@BN …..???? kita lihat fakta dibawah.

a. UMNO@BN dan Mahathir@Mahafiraun kini sebenarnya tertekan dengan suasana politik serta kesedaran rakyat dan bangsa Malaysia mengenai isu semasa.

b. Mahathir@Mahafiraun berharap dengan mengkambing hitamkan EZAM MOHD.NOR dan Parti KeADILan Nasional… masalah ekonomi yang semakin hari semakin merudum akan dapat dilindungi…dengan ini isu ekonomi dan pemerintahan negara yang teruk boleh dipuncakan kepada EZAM MOHD.NOR dan KeADILan…kerana George Soros dah tahu taktik Mahathir@Mahafiraun ….dan memang dasar Mahathir@Mahafiraun lontar batu sorok tangan.

c. UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun cuba mengalihkan tumpuan dan pandangan rakyat terhadap isu pokok dan masalah sebenarnya yang berlaku di Malaysia.

d. UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun cuba meraih simpati dan menimbulkan suasana tegang sama seperti ISU KETUANAN MELAYU seperti yang dilakukanya sebelum 31hb.Ogos.2000 yang lalu. ( Yang nyata mereka gagal nak memperbodohkan orang MELAYU dan CINA dalam isu SUQUI ini )

e. UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun cuba membawa rakyat dan bangsa Malaysia lupa tentang hukuman tambahan 9 tahun terhadap DSAI serta RAHIM NOR tak perlu menjalankan hukuman penjara kerana memukul DSAI.

f. UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun cuba mengaburi mata dan jiwa Ahli UMNO@BN agar tidak matang serta tajam pemikiran mengenai PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO yang dibentangkan pada 18hb.Nov.2000 ini…..dabn secara mudah Pindaan ini akan diluluskan untuk kepentingan kroni serta juak-juak pengampu Mahathir@Mahafiraun .

g. Mahathir@Mahathir sendiri kini sebenarnya menghadapi tekanan antarabangsa, kerana kesilapan yang beliau lakukan sendiri…dan Mahathir@Mahafiraun cuba berselindung disebalik UMNO@BN serta Parti Pembangkang dalam menangani masalah peribadi beliau ini.

h. Dengan isu PENGKIANATAN INI… Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya dengan rasminya boleh lepas dan cuci tangan apabila negara Malaysia musnah dan hancur sebagai negara Demokrasi berparlimen.

i. Mahathir@Mahafiraun amat berharap rakyat dan bangsa Malaysia akan kembali memberi sokongan dan simpati kepadanya dan mentabalkan beliau sebagai pejuang keadilan dan agama Islam yang tulen.

j. Mahathir@Mahafiraun serta kroni-kroninya cuba mengalihkan pandangan apakah yang tersirat dan tersurat dalam Belanjawan 2001 ( 27/10/2000 ) yang lepas……kerana Belanjawan 2001 tersebut secara rasmi telah mengesahkan bahawa Malaysia telah kembali miskin dan susah seperti 30 tahun yang lalu…dan pada tahun 2001….ekonomi Malaysia akan menguncup lebih teruk dari Indonesia dan Thailand….begitu juga kadar inflasi meningkat serta sektor pekerjaan merudum.

k. Jika Mahatir@Mahafiraun serta UMNO@BN gagal mengkaburi pemikiran rakyat mengenai Belanjawaan 2001 ini…maka kejatuhan UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun akan menjadi kenyataan sebelum 2004…inilah yang paling ditakuti oleh mereka….apa jua usaha mesti dilakukan walau pun terpaksa menyembelih rakyat dan bangsa sendiri.

Penulis amat berharap dengan fakta diatas ia mampu membuka minda dan jiwa rakyat dan bangsa Malaysia…. Pemerintah yang mana wajib di sanjung dan pemerintah yang mana pula wajib di sanggah…..????.

Kerana kelalaian kita semua perkara ini telah berlaku….. dan tak perlu dikesalkan….masa yang lalu tak akan kembali…kita wajib memandang kehadapan dan menjadikan kejadian silam sebagai sejarh dan panduan untuk membentuk Malaysia Yang Adil yang berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah.

2. Antara Pengkhianat dan Pejuang.

· Ciri-ciri Pengkhianat Negara.

a) Akan menjadikan harta, kuasa, khazanah, rakyat, agama sebagai milik peribadinya serta Mutlak menjadi milik kroninya sehaja.

b) Orang ini akan mengunakan apa jua cara untuk memastikan dirinya di tabalkan sabagai pejuang Negara, walaupun rakyat dan bangsa disembelih atau diperdodohkan.

c) Pengkhianat negara akan menyalurkan kekayaan dan kuasa negara kepada orang asing serta juak-juaknya sehaja.

d) Pengkhianat ini juga bersedia mengorbankan orang lain asal ia selamat dan bebas semahu-mahunya, dan ia akan sentiasa dibelakang benteng rakyat jika berlaku peperangan.

· Ciri-ciri Pejuang Negara .

a) Akan menjadikan harta, kuasa, khazanah, rakyat, agama sebagai milik bersama seluruh rakyat dan bangsa Malaysia serta wajib dipertahankan walaupun nyawa menjadi gantinya.

b) Seorang pejuang mengunakan apa jua cara yang berpaksikan agama anutanya untuk memastikan rakyat dan bangsanya menjadi manusia yang maju serta harmoni dengan keamanan dan kesejahteraan walaupun nyawa dipertaruhkan.

c) Pejuang Negara akan mempertahankan segala hak dan kuasa serta agamanya, seperti mana ia mempertahankan nyawanya apabila diancam.

d) Penjuang Negara juga bersedia mengorbankan jiwa, kuasa, pangkat untuk memastikan agama dan negara serta rakyatnya selamat dari ancaman musuh dan ia akan sentiasa dihadapan sebagai pemimpin dan panglima rakyat jika berlaku peperangan.

Apakah kita semua masih mahu mengatakan Mahathir@Mahafiraun sebagai pelindung serta pejuang rakyat dan bangsa Malaysia …… dan mengatakan EZAM MOHD.NOR sebagai PENGKHIANAT NEGARA…..???

Apakah kita semua mahu melihat Maharaja Mahathir@Mahafiraun bermaharajalela lagi ditanah air kita yang tercinta ini……??? Atau memang kita rela dan saling merelakan UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun mengkhianati serta memperbodohkan semua rakyat dan bangsa Malaysia.

Apakah telah lama kita semua memang diasuh untuk menjadi pengikut kepada UMNO@BN serta juak-juaknya sehinggakan agama, keluarga, harta, pangkat akan dikorbankan serta di faraitkan kepada UMNO@BN dan Mahathir@Mahafiraun .

Bangunlah wahai bangsaku…??? Bangun sebagai pejuang mempertahankan Agama dan Tanah Air kita semua…..!!! Jangan dibiarkan UMNO@BN dan Mahathir@Mahafiraun bermaharajalela lagi…..cukuplah apa yang telah mereka lakukan…..!!!! Jangan kita jadikan agama dan anak bangsa kita sebagai mangsa kerakusan Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN lagi…..!!!! Agama dan bangsa kita telah lama menderita serta hidup dalam keperitan angkara UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun ….!!!! Bangunlah….wahai anak bangsaku…..jangan kau undur walaupun setapak….jika UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun menekan dan menyerang kamu…..tanamkan sikap ukhwah dan persaudaraan dikalangan kamu…pasti UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun akan jatuh tersungkur menyembah muka bumi Allah ini.

ISLAH KEARAH MALAYSIA YANG ADIL, REFORMASI UNTUK PEMBAHARUAN, JADIKAN ISLAM SATU CARA HIDUP UNTUK RAKYAT DAN BANGSA MALAYSIA.

“ KEMBALIKAN HAK KAMI HAK RAKYAT DAN BANGSA MALAYSIA YANG MERDEKA “

“ Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN “
30HB.OKT.2000