Showing posts with label liwat. Show all posts
Showing posts with label liwat. Show all posts
Wednesday, December 28, 2011
Monday, June 13, 2011
Bukti Papagomo dan Saiful kaki fitnah
Rasanya dah ramai orang kenal cybertrooper UMNGOK yang sekor nih si papagomo, kali ni CiLiK© nak tunjukkan bukti si papagomo ni memang kaki fitnah, selalu timbulkan isu yang bukan-bukan untuk mengelirukan rakyat, lebih-lebih lagi pembaca blog dia. Korang yang sokong papagomo ni kalau tak nampak jugak fitnah dia CiLiK© tak tahulah kalau nak terus jadi buta terpulanglah. Kita sampaikanlah apa yang benar, yang tak benar jangan direka-reka. Kita mencari kebenaran bukan kontroversi. Korang dah sedia maklum kan betapa besarnya dosa fitnah? Kalau rasa hebat sangat nak lawan kuasa Allah nak tunjuk kuat dengan Allah, dipersilakan..... taburlah fitnah sesuka hatimu.....
Kat bawah ni CiLiK© tunjukkan screenshot perbualan Saiful dengan papagomo di facebook. Sila klik untuk membesarkan image.Diorang ni bukan kira Halal haram pahala dosa, main bedal semacam je.....

Mungkin korang pelik kan macam mane cilik boleh dapat screenshot perbualan Saiful Bukhari Azlan ni dengan papagomo betul tak? Kalau dah nama penipu pemfitnah, macam-macam cara Allah akan bukakan aib. Nak tahu macam mana dapat screenshot? Ok klik
CiLiK©: Papagomo ni dah banyak duit upah dia UMNGOK bagi agaknya ye? Harap peguam anwar nampak msg ni, boleh dijadikan bukti di mahkamah
source: http://milosuam.blogspot.com/2010/02/bukti-papagomo-kaki-fitnah.html#ixzz1PD7vF8dg
Thursday, March 10, 2011
Amaran ahli sains: Bukti DNA boleh dipalsukan dan diletakkan di lokasi jenayah
Oleh Fiona Macrae
Ahli-ahli sains telah membuktikan wujud kebarangkalian pemalsuan bukti DNA, sekaligus berpotensi memusnahkan kredibiliti teknik utama forensik.
Dengan menggunakan peralatan yang boleh dijumpai di makmal-makmal di seluruh negara, mereka melenyapkan semua kesan DNA dari sampel darah dan menambah bahan genetik individu lain pada sampel tersebut.
Pemalsuan ini sangat berjaya sehingga mampu memperdaya ahli-ahli sains yang menjalankan ujian DNA cap jari di mahkamah-mahkamah di Amerika Syarikat.
Perkembangan ini menimbulkan kemungkinan sampel darah atau air liur diletakkan di lokasi di mana jenayah berlaku, sehingga mengakibatkan mereka yang tidak bersalah dihukum manakala mereka yang bersalah terlepas bebas.
Menurut Dan Frumkin, penyelidik yang menghasilkan DNA palsu menyatakan: ‘Jika anda boleh memalsukan darah, air liur atau mana-mana tisu, anda boleh mencipta lokasi jenayah. Mana-mana pelajar jurusan biologi pun mampu melakukannya.
Dr. Frumkin — yang mendakwa bahawa syarikatnya telah berjaya mencipta kit untuk membezakan sampel DNA sebenar dengan yang palsu – menggunakan dua teknik untuk memalsukan bukti.
Pada peringkat awal, mereka akan akan mengasingkan sampel minit bahan genetik dari helaian rambut dan menggandakannya beberapa kali.
Kemudian mereka akan memasukkan DNA ini ke dalam sel darah yang telah diasingkan dari segala klu genetik pemilik asal.
Kini sel darah ini mengandungi cap jari genetik milik individu pertama, demikian menurut laporan Journal Forensic Science International: Genetics.
Secara teori, ianya boleh diletakkan di tempat kejadian jenayah. Rambut, gula getah, puntung rokok, cawan dan gelas boleh membekalkan sampel awal DNA.
Syarikat ini juga telah membangunkan satu teknik yang rumit, yang mana bergantung kepada pengetahuan mengenai cap jari DNA – satu ‘kod bar’ genetik daripada 20 set kedudukan-kedudukan pada satu rantaian DNA seseorang individu.
Ahli sains ini telah membina ‘perpustakaan’ yang mengandungi ratusan cebisan DNA yang merangkumi semua kod genetik yang muncul di tempat-tempat yang telah diperiksa oleh polis. Untuk membuat padanan satu-satu cap jari, mereka hanya perlu mencari dari ‘perpustakaan’ untuk gabungan yang betul dan dicampurkan di dalam tabung uji.
Para pengkaji percaya, lambat laun teknologi ini bakal digunakan oleh penjenayah.
Mereka memberi amaran: ‘Bukti DNA adalah kunci kepada sabitan atau pembebasan suspek daripada pelbagai bentuk jenayah, waima dari rogol hinggalah bunuh. Namun begitu, kita telah terlepas perhatian akan kemungkinan yang menggusarkan bahawa bukti DNA boleh dipalsukan.
‘DNA dengan profil genetik yang diinginkan dengan mudah disintesis (baca: dihasilkan melalui makmal) dengan hanya menggunakan teknik biologikal biasa dan yang baru dibangunkan, diintegrasi ke dalam tisu manusia atau dibubuh pada permukaan-permukaan objek, dan kemudiannya diletakkan di tempat kejadian jenayah.’
Namun pakar British berpendapat adalah suatu yang hampir mustahil bagi mana-mana penjenayah untuk melakukan sesuatu seperti itu. Dr. Gill Tully dari Perkhidmatan Sains Forensik Kerajaan menyatakan:
‘Anda memerlukan satu makmal biologi molekul yang lengkap, peralatan yang bernilai ribuan pound dan seorang ahli sains biologi molekul yang cekap atau juruteknik makmal.’
‘Dan majoriti daripada mereka yang terlibat dengan jenayah tidak akan mempunyai akses kepada bahan-bahan ini.’
Dr. John Manlove, seorang ahli sains forensik dan saksi pakar di dalam kes-kes mahkamah, berkata: ‘Ya, ianya satu kemungkinan dari segi sains, tetapi ia adalah untuk seseorang yang benar-benar terdesak.
‘DNA adalah sangat penting di dalam sesuatu kes, tetapi penyiasatan tidak harus berasaskan kepada bukti DNA semata-mata.’
—–
Diterjemahkan oleh Dr. Afif Bahardin dan Najwan Halimi dari artikel berjudul “DNA evidence can be fabricated and planted at crime scenes, scientists warn” tulisan Fiona Macrae yang diterbitkan di laman The Daily Mail UK pada 19 Ogos 2009.
Thursday, February 24, 2011
Fitnah II: Pakar Kimia Akui ‘Cantikkan’ Resume
Pakar kimia dari Jabatan Kimia, Nor Aidora Saidun yang juga saksi keenam perbicaraan Fitnah II mengaku telah ‘mencantikkan’ resume beliau di dalam mahkamah hari ini.
Ia dibuat sewaktu peguam Ram Karpal bertanya tentang kursus pemeriksaan DNA helaian rambut yang tertera sebagai salah satu daripada kursus yang pernah dijalankannya.
“Anda menulis di dalam CV anda, anda mengadakan kursus tersebut. Anda mempunyai pengetahuan tentang pemeriksaan (DNA) rambut?” tanya Ram Karpal.
“Saya ada sedikit pengetahuan tapi…” balas Aidora.
“Bagaimana anda boleh ada cuma sedikit pengetahuan sedangkan anda mengadakan kursus tersebut?” tanya Ram Karpal lagi.
“Saya ‘conduct’ tapi bukan saya yang beri ceramah, tetapi dua orang pegawai polis dari Australia,” kata Aidora.
“CV anda menyatakan anda ‘conduct’ kursus tersebut tetapi anda tidak memberi ceramah. Jadi anda terlibat dengan perkara seperti penyediaan kopi, langsir yang sesuai, meja…begitu?” tanya Ram Karpal.
“Anda boleh katakannya lebih kurang begitu,” kata Aidora.
Aidora merupakan pakar kimia kedua dari Jabatan Kimia dan beliau kali pertama dioal balas pada Rabu lalu.
Beliau adalah Ketua Unit Paterniti DNA, Jabatan Kimia sejak 2008 dan menyertai Jabatan Kimia, Kementerian Sains dan Teknologi sejak 1998.
Namun, disebabkan beliau mengemukakan dokumen kompilasi statistik populasi di Malaysia sebanyak tiga muka surat yang sebelum ini tidak pernah dikemukakan di mahkamah, pasukan peguam Anwar memohon sedikit masa
daripada Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah untuk meneliti dokumen tersebut.
daripada Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah untuk meneliti dokumen tersebut.
Semalam pasukan peguam Anwar berjaya menimbulkan keraguan terhadap peralatan analisa DNA yang digunakan Jabatan Kimia Malaysia.
Ini kerana tiga peralatan tersebut, Genetic Analyser 3XL300, Sequence Detector 7000 dan Thermo Cycler 9700, diselenggara pada kali terakhir sekitar Mei 2008. Semenjak tarikh itu, ia tidak pernah lagi diselenggara.
Demikian dinyatakan Pengurus Projek dan Servis ATP Service, Alan Tiang kepada mahkamah semalam. Alan adalah individu yang bertanggungjawab menyelenggara peralatan tersebut.
Lebih menghairankan, selenggaraan yang dilakukan Alan tidak pernah diiktiraf oleh Applied Biosystem Sdn Bhd, syarikat berpengkalan di Amerika yang berhenti beroperasi sejak tahun 2005.
Satu-satunya ‘kelayakan’ Alan adalah beliau pernah berkhidmat dengan Applied Biosystem.
Namun, beliau tidak pernah diberikan tauliah oleh syarikat tersebut untuk menyelenggara peralatan itu selepas mereka menghentikan operasi pada 2005.
Beliau memberitahu mahkamah selenggaraan yang dilakukan menerusi ATP Service adalah berdasarkan ‘pengalaman’ dan ‘kepakaran’ sahaja.
Mahkamah semalam juga ditunjukkan rakaman CCTV tempat yang didakwa berlakunya Fitnah II tersebut.
Monday, February 21, 2011
Pakar Gagal Lapor DNA Misteri di Rektum, Seluar Saiful
Dari Malaysian Insider
Peguam pembela Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mencetuskan keraguan terhadap laporan profil DNA disediakan pakar kerajaan dengan mendakwa dokumen itu gagal menyertakan dua lagi profil DNA yang tidak dikenali.
Peguam Ramkarpal Singh mendakwa Dr Seah Lay Hong telah gagal untuk mematuhi garis panduan antarabangsa berhubung proses pemprofilan DAN dan oleh itu, laporan tersebut adalah bias.
Peguam Ramkarpal Singh mendakwa Dr Seah Lay Hong telah gagal untuk mematuhi garis panduan antarabangsa berhubung proses pemprofilan DAN dan oleh itu, laporan tersebut adalah bias.
Katanya, meskipun bacaan graf menunjukkan dua lagi profil DNA yang tidak dikenali pada bahagian rendah rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan dan pada seluar hitamnya, Dr Seah tidak menyertakan maklumat pada laporannya.
Pakar itu setakat ini telah bersetuju bahawa ada tiga profil DNA melibatkan kes ini iaitu lelaki Y, satu profil DNA yang tidak dikenali dan satu lagi milik Saiful.
“Ia kelihatan DNA separuh pasukan bola sepak ditemui tetapi anda memilih untuk tidak melaporkannya,” kata Ramkarpal di mahkamah hari ini.
Ketika ditanya mengapa beliau tidak melaporkannya, Dr Seah berkata beliau tidak menemui bacaan yang signifikan.
“Bacaan tidak dilaporkan meskipun ia mempunyai bacaan yang tinggi,” kata Ramkarpal.
Beliau menggunakan prosiding sebelah pagi tadi untuk memeriksa balas kredibiliti laporan kimia disediakan Dr Seah.
Sambil menekankan laporan kimia itu tidak konsisten, peguam itu menambah, Dr Seah telah gagal untuk mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Persatuan Antarabangsa Forensik Genetik.
“Beliau telah gagal mematuhi garis panduan yang penting. Saya menyentuh soal garis panduan di sini.
“Saya mengesyorkan kepada beliau beberapa senario yang memberikan satu gambaran berbeza daripada apa yang beliau syorkan,” kata Ramkarpal kepada pemberita kemudian.
Perbicaraan disambung pukul 2 petang tadi.
Jumaat lalu, Dr Seah memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Jabatan Kimia mempunyai garis panduannya sendiri untuk menjalankan analisis.
Dr Seah berkata walaupun pengeluar dan pembekal perisian memiliki garis panduan masing-masing, namun makmal boleh mengikuti garis panduan sendiri seperti yang disarankan oleh Persatuan Antarabangsa Forensik Genetik.
Saksi kelima pendakwaan itu memberitahu mahkamah bahawa sebagai anggota persatuan itu, beliau mengikuti perkembangan terkini dan saranannya terutama yang berkaitan pemprofilan DNA.
Dr Seah juga berkata beliau menggunakan perisian penganalisis biosistem genetik dan ‘DNA view’ bagi membantunya mendapatkan keputusan konklusif daripada sampel berkenaan.
Ditanya lanjut oleh peguam itu sama ada kedua-dua perisian tersebut selalu dikemas kini, Dr Seah berkata, kali terakhir ialah pada 2007.
Beliau memberi keterangan pada perbicaraan kes Anwar, 63, yang didakwa meliwat Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Perbicaraan didengar di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Sunday, February 20, 2011
Ahli kimia akui tidak patuhi piawaian
Ahli kimia dan pakar DNA Dr Seah Lay Hong hari ini mengakui beliau tidak mengikuti piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh International Society of Forensic Genetics ketika menyediakan laporan berhubung ujian DNA pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau mengakui meskipun menganggotai pertubuhan itu tetapi tidak mematuhi apa yang dinyatakan pada jurnal berkenaan.
"Saya tidak mematuhi peraturan antarabangsa tetapi sejak itu, ia mungkin telah berubah,” katanya.
Dr Seah juga tidak bersetuju bahawa beliau berat sebelah dalam menyediakan laporan dan berkata ia disediakan berdasarkan maklumat yang dibekalkan kepadanya.
“Berdasarkan piawaian antarabangsa seperti yang ditetapkan dalam jurnal ini, awak tidak mengikuti ataupun mematuhinya,” kata peguambela Ram Karpal Singh.
“Saya tak setuju,” balas Dr Seah.
Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudian menyoal doktor itu mengapa beliau gagal mematuhi arahan tersebut tetapi Seah gagal menjawab soalan berkenaan.
Ram juga berhujah satu 'allele' yang dilaporkan pada B9, di kawasan rektal bawah.
“Ini bukan milik Saiful atau 'Lelaki Y'. Bacaan allele 28 tidak dilaporkan walaupun ia adalah di puncaknya."
Apabila Ram terus mengasak, ahli kimia itu enggan melayan serta tidak memberikan jawapan.
Menurut Ram apa yang dicatatkan oleh laporan kimia adalah berlainan dengan apa yang diperlihat dalam geraf.
"Ia seolah-olah separuh DNA pasukan bolasepak dijumpai tetapi awak memilih untuk tidak melaporkannya kerana ia dikesan di seluar dalam, seluar, kawasan B5 peri-anal dan sekarang B9,” kata Ram.
Dr Seah juga memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak tahu siapa 'Lelaki Y' - DNA yang dijumpai di peri anal Saiful dan sekitar kawasan duburnya.
"Tidak ada spesimen atau rujukan sampel diberikan,” katanya.
Ram berkata lelaki misteri yang tidak dikenali itu mungkin sesiapa juga termasuk pegawai penyiasat, Jude Blacious Pereira.
Minggu lalu, pelbagai persoalan teknikal berhubung bagaimana ujian DNA dijalan dan ditentukan. Lebih banyak perkara seumpama itu dijangkakan hari ini apabila seorang lagi ahli kimia akan memberi keterangan.
Beliau mengakui meskipun menganggotai pertubuhan itu tetapi tidak mematuhi apa yang dinyatakan pada jurnal berkenaan."Saya tidak mematuhi peraturan antarabangsa tetapi sejak itu, ia mungkin telah berubah,” katanya.
Dr Seah juga tidak bersetuju bahawa beliau berat sebelah dalam menyediakan laporan dan berkata ia disediakan berdasarkan maklumat yang dibekalkan kepadanya.
“Berdasarkan piawaian antarabangsa seperti yang ditetapkan dalam jurnal ini, awak tidak mengikuti ataupun mematuhinya,” kata peguambela Ram Karpal Singh.
“Saya tak setuju,” balas Dr Seah.
Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudian menyoal doktor itu mengapa beliau gagal mematuhi arahan tersebut tetapi Seah gagal menjawab soalan berkenaan.
Ram juga berhujah satu 'allele' yang dilaporkan pada B9, di kawasan rektal bawah.“Ini bukan milik Saiful atau 'Lelaki Y'. Bacaan allele 28 tidak dilaporkan walaupun ia adalah di puncaknya."
Apabila Ram terus mengasak, ahli kimia itu enggan melayan serta tidak memberikan jawapan.
Menurut Ram apa yang dicatatkan oleh laporan kimia adalah berlainan dengan apa yang diperlihat dalam geraf.
"Ia seolah-olah separuh DNA pasukan bolasepak dijumpai tetapi awak memilih untuk tidak melaporkannya kerana ia dikesan di seluar dalam, seluar, kawasan B5 peri-anal dan sekarang B9,” kata Ram.
Dr Seah juga memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak tahu siapa 'Lelaki Y' - DNA yang dijumpai di peri anal Saiful dan sekitar kawasan duburnya.
"Tidak ada spesimen atau rujukan sampel diberikan,” katanya.
Ram berkata lelaki misteri yang tidak dikenali itu mungkin sesiapa juga termasuk pegawai penyiasat, Jude Blacious Pereira.
Fitnah II: Pakar DNA Tidak Ikut Garis Panduan Antarabangsa
Perbicaraan kes fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguam bela terus menyoal balas pakar DNA, Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Pada perbicaraan 18 Febuari lalu, mahkamah digemparkan dengan keterangan Dr Seah bahawa terdapat kemungkinan sampel yang diambil dari tubuh pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan membabitkan 10 lelaki.
Terdahulu, pada hari sebelumnya, mahkamah turut digemparkan dengan penemuan tiga DNA lelaki pada calitan yang diambil daripada tubuh Saiful, juga yang diakui oleh Dr Seah.
10.44 pagi – Setelah bertekak dengan Ram Karpal, Dr Seah mengakui bahawa laporan yang disediakannya tidak mengikut garis panduan dalam risalah berkala International Society of Forensic Genetics yang mana beliau merupakan ahli.
“Laporan anda tidak mengikut garis panduan antarabangsa yang anda merupakan ahlinya sendiri?” tanya Ram Karpal.
“Ya,” akur Dr Seah.
Sebelum itu Ram Karpal mengeluarkan satu risalah berkala daripada International Society of Forensic Genetics dan memberikannya kepada Dr Seah untuk dirujuk.
10.43 pagi – Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani tiba di galeri awam.
10.08 pagi- Mahkamah berehat sebentar. Ram Karpal memerlukan sedikit masa untuk meneliti dokumen. Hakim Zabidin menetapkan perbicaraan bersambung semula 10.20 pagi.
10.01 pagi – Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff sampai di mahkamah. 10.00 pagi – Dua orang lelaki kelihatan seperti polis cawanngan khas (SB) meninggalkan galeri awam.
9.46 pagi – Ram Karpal menekan Dr Seah dan mahu Dr Seah menjawab soalan-soalan yang dikemukakannya secara terus terang agar lebih banyak masa tidak dibazirkan.
9.26 pagi – Ram Karpal mempertikai mengapa Dr Seah tidak menjalankan penilaian statistik untuk memastikan DNA Saiful benar-benar berada pada putik kapas B5.
9.02 pagi – Dr Seah Lay Hong angkat sumpah sebagai saksi. Ram Karpal memulakan soal balas Dr Seah.
9.01 pagi – Perbicaraan bermuladi hadapan hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah
8.58 pagi- Datuk Seri Wan Azizah berbual-bual dengan Param Cumaraswamy. Sankara pula berkata-kata sesuatu dengan Anwar yang berada di kandang pesalah. Peguam Anwar hari ini adalah Ram Karpal, Sankara, Param Cumaraswamy.
Thursday, February 17, 2011
Konspirasi 2- fakta-fakta yang perlu direnungi
Hanya sebelas tahun semenjak Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri, beliau menerima tamparan dengan dakwaan liwat dan seolah-olahnya tuduhan rasuah (penyelewengan kuasa). Beliau berdepan dengan dua perbicaraan yang dikutuk seluruh dunia sebagai perbicaraan tidak adil dan bermotivasikan kepentingan politik pihak tertentu. Hasilnya beliau menghabiskan enam tahun dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh, dikurung bersendirian selama pemenjaraan hanya dibenarkan bertemu dengan ahli keluarga dan para peguam sahaja. Akhirnya bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad mendapat hukuman setimpal dengan berat hati dipaksa bersara pada bulan Oktober 2003. Kemudiannya Anwar dibebas dan dilepaskan Pada 2 haribulan September 2004 pada tahap terakhir rayuannya di mahkamah mengubah penghakiman kes liwatnya.
Sekarang mimpi ngeri itu bermula lagi. Pada 16 Julai 2008, Anwar ditangkap atas tuduhan kes liwat yang baru, selepas suatu laporan polis dibuat oleh Saiful Bukhari, pembantu berpangkat rendah dalam pejabatnya pada 28 Jun 2008. Anwar berkata tuduhan ini, sekali lagi bermotifkan politik, sebagai cubaan terbaru untukmenghalang kerjaya politiknya yang kembali bangkit mendadak kegemilangannya. Ramai orang di dalam dan di luar negara bersetuju dengan penilaian ini.
Kes terbaru ini hanyalah ulang tayang skrip lama dengan para pelakon yang baru – skrip sekarang ini juga menampilkan episod-episod campurtangan politik, kecurangan dan penyelewengan para pegawai di pejabat Peguam Negara dan pihak polis, penipuan bukti-bukti yang muncul daripada suatu konspirasi politik untuk menghentikan kerjaya cemerlang politik Anwar.
KES HAIRAN YANG BENAR BENAR PELIK
Terdapat banyak fakta terhadap dakwaan yang dibuat Saiful dan tindak tanduknya yang sudahpun berada dalam pengetahuan orang ramai. Fakta-fakta ini bercakap dengan sendirinya. Secepatnya ia menunjukkan betapa tidak kukuhnya kes yang direka-reka ini, selain bertujuan menjatuhkan Anwar.
Saiful mendakwa dalam laporan polisnya bertarikh 28 June 2008 di Hospital Kuala Lumpur (“HKL”) yang dia diliwat Anwar pada tengahari Khamis 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Bukit Damansara. Saiful bercerita kepada pihak polis dalam kenyataannya yang mendakwa dia telah diserang paksa sebanyak 8 ke 9 kalitanpa kerelaan hatinya oleh Anwar sepanjang dua bulan yang berlalu itu. Dalam laporan polisnya dua hari kemudian pada 28 Jun 2008, dia mendakwa kejadian liwat ini memang berlaku tanpa kerelaan hatinya.Cerita Saiful ini menimbulkan kecurigaan kenapa dia sebagai kononnya “si mangsa”yang dipaksa liwat 8 ke 9 kali tanpa kerelaan hatinya, selama dua bulan tetapi tidak membuat sebarang aduan kepada pihak berkuasa. Sepanjang waktu itu dia berhubungan secara biasa dengan Anwar dan kesemua kakitangan di pejabat Anwar Ibrahim.
Turut didedahkan pada Rabu 25hb Jun 2008, sehari sebelum serangan seksual terakhir pada hari Khamis keesokan harinya, Saiful telah bertemu dengan pegawai polis berpangkat tinggi Penolong Kanan Komisioner SAC Rodwan Mohd Yusof (waktu iti Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pasukan Polis DiRaja Malaysia, sekarang Ketua Polis Melaka) di Hotel COncorde, Kuala Lumpur di bilik bernombor 619. Apabila ditanya wartawan tentang pertemuan ini, Rodwan tidak memberikan sebarang komen. Rodwan telah memainkan peranan penting bersama pasukan polis dalam kes Anwar tahun 1998/99 dahulu. Rodwan terkenal dengan peranannya mengambil sampel darah Anwar untuk ujian DNA tanpa mengikut lunas undang-undang. Dia juga terkenal dengan tuduhan meletakkan kesan DNA yang direka-reka pada tilam yang diusung ke mahkamah. Sewaktu perbicaraan pertamanya pada tahun 1998, bukti DNA tidak dapat dipakai hinggakan hakim Augustine Paul yang jelas berat sebelah terpaksa membuang bukti tersebut daripada membantu kes pendakwaan.
Umum juga telah didedahkan “si mangsa” ini telah juga bertemu dengan Perdana Menteri sekarang (waktu itu masih Timbalan Perdana Menteri) beberapa hari sebelum kejadian yang didakwa itu berlaku. Apa yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini Najib pada awalnya menafikan pertemuan dengan Saiful kepada pihak media, tetapi kemudiannya mengakui, menjelaskan pertemuan itu berlangsung kerana Saiful (gagal dari universiti, tidak habis belajar) meminta bantuan Najib untuk mendapatkan biasiswa. Selepas itu barulah Najib memberi tahu pihak media bahawa Saiful diliwat Anwar dan dalam pertemuan tersebut Saiful kelihatan cukup traumatik.
Tindak tanduk Saiful selepas kononnya dipaksa liwat pada hari Khamis turut menimbulkan tanda tanya. Pagi besoknya, Saiful ke pejabat Anwar seperti biasa. Dia tidak mengadu kepada sesiapapun dan muncul dalam keadaan yang normal.Pada sebelah petangnya dia menghadiri acara anjuran Anwar Ibrahim Club di rumah Anwar, yang mana Anwar sendiri turut hadir. Di sana dia membantu menghidangkan kopi kepada sedozen orang yang hadir, tanpa memperlihatkan tanda-tanda takut atau cemas, dia mampu berdiri dan duduk tanpa menunjukkan tanda-tanda ketidak selesaan.

Wednesday, February 16, 2011
keraguan bukti- sampel telah diusik!
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Fitnah II bersambung hari ini apabila peguam Anwar menyoal balas Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong. Mahkamah hari ini dijangka mendengar lebih banyak keterangan mengejutkan.
Dalam perbicaraan yang bermula pukul 8.54 pagi, mahkamah didedahkan bahawa laporan kimia yang diberi kepada pasukan peguam Anwar berbeza dengan laporan yang dikemuka di mahkamah.
Ia berkaitan pembetulan label sampel bahan bukti yang diambil dari pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Dalam borang yang dikemukakan, bungkusan sampel diterima ditanda B12 tetapi hari ini Dr Seah menunjukkan borang dengan sampel yang ditanda sebagai B11.
Seah berkata pembetulan dilakukan di hadapannya tetapi Raam karpal bertanya kenapa pendakwa tidak ada salinan yang sama dengan pakar kimia.
Ram Karpal berkata, mahkamah tidak boleh meneruskan perbicaraan itu kerana tidak termasuk ke rangkaian bukti. Pendakwa Raya Mohd Yusof Zainal Abiden bagaimanapun berkata perkara itu tidak penting tetapi yang penting adalah kenyataan lisan dalam mahkamah.
Semalam, mahkamah dikejutkan dengan laporan proforma yang ditulis doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang menyatakan hanya 'cubaan liwat' dan 'cubaan seks oral' pada ketika Saiful berjumpa doktor.
Perkara itu didedahkan oleh Pakar Jagaan kecemasan HKL, Dr Khairul Nizam Hassan
Mahkamah juga dikejutkan dengan keterangan Pakar Forensik HKL, Dr Siew Sheue Feng yang tidak mengisi borang proforma berkaitan pemeriksaan di dubur Saiful, rektum dan sejarah perubatan.
Mahkamah semalam turut dikejutkan dengan kenyataan peguam Sankara Nair bahawa botol berisi sampel bahan bukti yang diambil dari tubuh Saiful mempunyai tanda-tanda telah diusik.
Kalau UMNO Benar2 Berjuang Islam, Perjuangkan Tuduhan Qazaf Ke Atas Saiful Bukhari Dijalankan Dengan Kadar Segera
Wahai juak2 dan puak2 UMNO sakalian. Hari Jumaat ni korang nak berdemo sempena keputusan Mahkamah Tinggi (yang telah pun ditangguhkan) yang membenarkan penggunaan nama Allah oleh The Herald.
Mengapa tidak kamu berdemo juga meminta Mahkamah Syariah Kuala Lumpur supaya mempercepatkan pendakwaan ke atas Saiful Bukhari di atas tuduhan QAZAF yang telah dilaporkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim beberapa bulan yang lepas?
Ataupun UMNO sendiri telah menghalalkan jenayah Qazaf bagi ahli-ahli UMNO sehingga UMNO tidak melihat keperluan untuk memperjuangkan hak seorang Islam bernama Anwar Ibrahim?
Apakah bezanya keputusan Mahkamah Tinggi dengan tindakan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur melambat-lambatkan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari? Kedua-dua nya “penghinaan” pada Islam bukan?
Yang saya tahu, “qazaf” ni halal dalam UMNO. Dosa besar Qazaf ni sudah jadi macam amalan biasa di kalangan ahli UMNO. Mereka membuat tuduhan Qazaf pada Anwar tanpa rasa dosa walau sedikit pun.
Padahal,”Qazaf” ini adalah tergolong dalam dosa-dosa besar yang dibenci oleh Allah SWT. Tak heranlah judi dan arak pun UMNO boleh sokong, Qazaf ni lagilah diorang boleh halalkan.
Berentilah nak buat demo hari Jumaat ni. Buat tekak saya loya je. Nak demo konon. Pada waktu yang sama kamu halalkan judi, halalkan arak, halalkan sekularisman, buang tulisan jawi, HALANG perlaksanaan hukum jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu dengan ancaman darurat dan MAGERAN dsbnya.
Nak demo konon nak pertahan nama Allah, tapi nama Allah kamu ludah kamu hinjak kamu maki bila kamu halalkan benda yang Allah SWT haramkan i.e. kes Saiful Bukhari.
Jenis manusia UMNO dalam Al Quran disebut sebagai:
وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَبِٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ
8. Of the people there are some who say: "We believe in God and the Last Day;"
But they do not (really) believe.
يُخَدِعُونَ ٱللَّهَ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَمَا يَخْدَعُونَ إِلَّآ أَنفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ
9. Fain would they deceive God and those who believe, But they only deceive themselves, And realise (it) not!
Mengikut ayat2 di atas, UMNO ni cuba untuk menipu Allah dan orang2 yang Beriman dengan demonstrasi mereka, namun sebenarnya mereka menipu diri mereka sendiri dan mereka tidak sedar mereka menipu diri mereka sendiri.
Jadi, orang-orang yang beriman sekelian, janganlah tertipu dengan aksi-aksi orang yang menipu diri mereka sendiri.
Tulang Besi
Anwar mohon tuntutan qazaf tidak dilengahkan lagi
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 7 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, di sini pagi ini untuk mendapat perintah terhadap Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan (KPS) supaya menggunakan kuasanya bagi mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan di atas kesalahan jenayah qazaf.
Selain Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsudin Husin yang dinamakan sebagai responden pertama, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Che Mat Che Min dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal Agama Islam, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom dinamakan sebagai responden kedua dan ketiga.
“Permohonan saya adalah untuk mendapat suatu perintah daripada Mahkamah Tinggi Syariah terhadap KPS supaya menggunakan kuasanya bagi mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan di atas kesalahan jenayah qazaf di bawah Seksyen 41 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997,” ujarnya dalam kenyataan media selepas memfailkan permohonan itu dan berharap tuntutan qazaf itu tidak dilengahkan lagi.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu juga memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah memerintahkan Pengarah Jawi dan menteri tersebut supaya tidak menghalang dan/atau mempengaruhi KPS daripada menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dalam pendakwaan terhadap Mohd Saiful.
Menurutnya, permohonan itu adalah lanjutan daripada qazaf beliau bertarikh 9 Julai 2008 kepada Bahagian Penguatkuasa dan Pendakwaan Jawi terhadap Mohd Saiful yang telah membuat suatu pengataan palsu bahawasanya beliau telah melakukan perbuatan liwat ke atas Saiful pada 26 Jun 2008.
“Saya telah disiasat sebanyak dua kali dan saya telah menyerahkan kepada Jawi kesemua bukti-bukti, di antaranya laporan polis, Sumpah Laknat Saiful, laporan perubatan dan senarai saksi-saksi yang bersama saya pada waktu kejadian.
“Dalam bulan Ogos 2009, saya mendapat maklumat pihak Jawi telah selesai menjalankan siasatan mereka namun sehingga sekarang KPS masih belum mengambil apa-apa tindakan mahkamah terhadap Mohd Saiful,” ujarnya.
Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, kesemua surat-surat peguam syarienya yang bertanyakan mengenai status laporan qazaf beliau tidak dijawab KPS.
Oleh itu, beliau agak terkejut apabila menteri berkenaan telah memberitahu Parlimen pada 27 Oktober 2009 bahawa KPS memutuskan bahawa pendakwaan qazaf terhadap Mohd Saiful hendaklah menunggu perbicaraan liwat di Mahkamah Tinggi Sivil selesai terlebih dahulu.
“Saya ingin menegaskan bahawa kesalahan jenayah qazaf adalah berbeza dengan kesalahan jenayah liwat. Qazaf adalah kesalahan jenayah syarie yang tidak mempunyai persamaan dengan mana-mana kesalahan di bawah kanun jenayah yang digunakan di mahkamah sivil,” ujarnya.
Justeru, beliau memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah kerana ia mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk membicarakan kesalahan qazaf.
Tambahnya, mahkamah syariah juga mempunyai kuasa untuk memerintahkan responden-responden supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka ke atas kesemua pendakwaan dan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah di Wilayah Persekutuan.
“Sebagai seorang Islam, saya berhak untuk mendapat perlindungan terhadap maruah dan nama baik saya daripada dicemari seperti yang dijamin oleh hukum syarak,” tegasnya.

Yusuf Qardhawi Rujuk Penangguhan Kes Qazaf Anwar Ibrahim Ke Perhatian Dunia Islam
Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi berjanji akan membawa isu fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ke persada antarabangsa untuk diselesaikan secara syarie.
Justeru, tokoh Islam terkemuka itu akan menggunakan pengaruh beliau untuk bertemu dengan organisasi Islam antarabangsa dan pemimpin Islam terkenal di seluruh dunia dalam masa terdekat.
“Hingga ini kes itu kata Syeikh Qardawi hendaklah diangkat dengan lebih kuat dan luas seantero dunia supaya Datuk Seri Anwar terbela.
“Dari segi syarak dan digerakkan wadah-wadah antarabangsa seperti kesatuan ulama islam sedunia, dan juga untuk di kemukakan dengan lebih luas untuk sama-sama bekerjasama menyelesaikan kes fitnah Anwar,” kata Dr Muhamad Nur Manuty.
Beliau berkata demikian semasa sesi pertemuan khas Yusuf bersama Anwar Ibrahim di Putrajaya, semalam (Isnin).
Menurut Dr Muhammad Nur lagi sekiranya kes qazaf yang difailkan Anwar pada Julai 2008 terus dilengahkan ini akan menjejaskan imej serta martabat Malaysia di mata ummah.
Ini kerana keadilan yang ditangguhkan adalah satu bentuk kezaliman, dan seorang Muslim berhak untuk membela diri di muka pengadilan.
“Pendirian Syeikh Qardawi begitu tegas, dan hendaklah mengikut prinsip al-quran dan sunnah dengan menggunakan prosedur-prosedur.
“Anwar mempunyai hak syarak untuk mempertahankan dirinya bagi menjawab tuduhan fitnah yang tidak berasas ini,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin berkata Sheikh Al-Qaradawi berasa hairan mengapa pemerintah melengah-lengahkan kes qazaf tersebut.
Zulkifli berkata KEADILAN akan menghantar satu delegasi untuk mengadakan perbincangan secepat mungkin dengan Kesatuan Ulama Islam Sedunia untuk membincangkan kemelut Qazaf ini.
“Dia juga nasihatkan bawa isu ini ke pringkat pentas antarabangsa, isu ini besar kerana membabitkan orang yang dikenali, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali di pentas antarabangsa sebagai tokoh pejuang Islam, macamana boleh dikenakan pertuduhan sebegitu rupa, sepatutnya tak dilengah-lengahkan,” katanya. –ATIQAH YAACOB
Bicara fitnah II: Lampu Terpadam Serta Jawapan Berbelit-Belit Oleh Doktor Jelas Membuktikan Ada konspirasi
KUALA LUMPUR 16 Feb [8.40 am] – Seorang bekas pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur(HKL) memberitahu bahawa Mohd. Saiful Bukhari Azlan memaklumkan kepadanya dia telah diliwat walaupun dalam borang protokol perubatan (pro-forma) menyatakan ‘cubaan meliwat’. Dr. Khairul Nizam Hassan (foto)yang kini bertugas di Hospital Putrajaya juga memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak pada sebarang masa menyatakan bahawa terdapat ‘cubaan seks oral’.Beliau bagaimanapun berkata, pemuda itu ada memberitahu bahawa dia telah diminta untuk melakukan seks oral dan berikutan itu terdapat spesimen diambil daripada mulut pengadu berkenaan.Ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan dalam pemeriksaan semula mengenai aduan utama oleh Mohd. Saiful Bukhari, menurut saksi tersebut, aduan utama pemuda itu adalah dia telah diliwat. Nordin: ‘‘Adakah dia menyatakan oleh siapa (melakukannya)?’’ Khairul Nizam: ‘‘Dia cakap oleh orang kenamaan yang dikenali ramai.’’ Nordin: ‘‘Bila dia menyatakan sedemikian?’’ Khairul Nizam: ‘‘Dia memberitahu semasa proses mengambil latar belakang (kejadian).’’ Peguam Karpal Singh yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pemeriksaan balas terhadap Khairul Nizam sebelum itu menimbulkan isu mengenai kandungan pro-forma yang mencatatkan ‘ya’ bagi soalan-soalan membabitkan ‘cubaan seks oral’ dan ‘cubaan meliwat’. ‘‘Memang dalam borang pro-forma, ia menyatakan ‘cubaan meliwat’ dan ‘cubaan seks oral’ tetapi dia (Saiful Bukhari) tidak menyatakan demikian,’’ tegas Dr.Khairul.
Musykil, Doktor Pakar Ubah Fikiran Di Mahkamah
Ketika disoal semula oleh Nordin, saksi itu berkata, pro-forma tersebut telah diisi oleh pakar patologi forensik HKL, Dr. Siew Sheue Feng (foto) tetapi mengubah fikiran kepada tidak pasti mengenainya berikutan terdapat tandatangan seorang lagi doktor, Dr. Razuin Rahimi di bahagian bawah muka surat di borang tersebut. Anwar, 64, didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Beliau didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Menjawab soalan lain, saksi pendakwa keempat itu berkata, beliau turut mengambil latar belakang Mohd. Saiful Bukhari sebelum melakukan pemeriksaan terhadap pemuda itu bersama Sheue Feng dan pakar bedah am, Dr. Mohd. Razali Ibrahim. Khairul Nizam juga berkata, beliau telah menerima laporan kimia bertarikh 11 Julai 2008 berhubung kehadiran air mani pada calitan putik kapas bertanda B5, B7, B8 dan B9 sebelum menyediakan laporan perubatan dua hari kemudiannya. Menurutnya, beliau ketika itu tidak tahu lokasi sebenar calitan putik kapas yang diambil daripada bahagian badan pengadu dan hanya mengetahuinya setelah ditunjukkan senarai lokasi calitan putik kapas (ID24) yang dikemukakan kepadanya semasa memberi keterangan.Doktor Pakar Akui 'Tidak Isi' Maklumat Penting
Jelasnya lagi, ID24 tidak ada bersamanya ketika beliau menyediakan laporan perubatan tersebut yang mencatatkan tiada penemuan klinikal yang konklusif mengenai penetrasi dan tiada kesan luka yang ketara pada badan mangsa. Justeru katanya, beliau hanya mampu mengesahkan berlakunya penetrasi selepas merujuk kepada ID24 yang menunjukkan lokasi sebenar kehadiran air mani pada keempat-empat calitan putik kapas tersebut. Terdahulu, ketika pemeriksaan balas oleh Karpal, saksi itu berkata, berdasarkan borang pro-forma, tiada paksaan digunakan tetapi mangsa telah bertindak melawan semasa kejadian itu berlaku. Berdasarkan borang itu juga, katanya, anggaran kejadian liwat tersebut berlaku adalah 30 minit dan tertuduh ketika itu cuba melakukan ejakulasi. Diasak oleh Karpal, saksi itu mengakui bahawa terdapat maklumat-maklumat penting yang tidak diisi dalam borang tersebut membabitkan latar seksual pengadu dan perkara-perkara yang berlaku selepas kejadian. Prosiding perbicaraan bersambung hari ini.
[Nampaknya, kontroversi kes liwat II ini semakin pelik dan mengelirukan sebenarnya. Jika sebelum ini Saiful mengaku diliwat dengan beberapa tusukan menggunakan "jelly", kini nampak sudah bercanggah bilamana"oral seks" pula yang digunakan dan mengaku dia melawan ketika Anwar cuba "memperkosa" dirinya. Malah lebih hairan lagi apabila seorang doktor pakar pula mengaku terdapat maklumat penting tidak diisi dalam borang yang berkaitan. Apa makna semua ini, masakan doktor pakar boleh"careless" dan terlepas pandang terhadap semua ini. Jika begitu adanya,maka doktor terbbait telah gagal menjalankan tugasa dengan penuh tanggungjawab. Prestasi kerjanya amat malang sekali dalam hal ini. Persoalannya sekarang, apakah kes seperti ini wajar diteruskan bila mana terdapat bukti-bukti jelas percanggahan fakta dalam prosiding yang berlangsung semalam. Maka, tidak hairanlah kita bila tiba-tiba saja "blakcout" berlaku. Sungguhmemalukan bila ia terjadi ketika perbicaraan penting seperti kes liwat II ini sedang disaksikan oleh seluruh masyarakat dunia itu].
Sunday, January 30, 2011
Anwar Ibrahim, Konspirasi No.2
Hanya sebelas tahun semenjak Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, beliau menerima tamparan dengan dakwaan liwat dan seolah-olahnya tuduhan rasuah (penyelewengan kuasa). Beliau berdepan dengan dua perbicaraan yang dikutuk seluruh dunia sebagai perbicaraan tidak adil dan bermotivasikan kepentingan politik pihak tertentu. Hasilnya beliau menghabiskan enam tahun dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh, dikurung bersendirian selama pemenjaraan hanya dibenarkan bertemu dengan ahli keluarga dan para peguam sahaja. Akhirnya bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad mendapat hukuman setimpal dengan berat hati dipaksa bersara pada bulan Oktober 2003. Kemudiannya Anwar dibebas dan dilepaskan pada 2 September 2004 pada tahap terakhir rayuannya di mahkamah mengubah penghakiman kes liwatnya.
Kes terbaru ini hanyalah ulang tayang skrip lama dengan para pelakon yang baru - skrip sekarang ini juga menampilkan episod-episod campur tangan politik, kecurangan dan penyelewengan para pegawai di pejabat Peguam Negara dan pihak polis, penipuan bukti-bukti yang muncul daripada suatu konspirasi politik untuk menghentikan kerjaya cemerlang politik Anwar.
Kes hairan yang benar-benar pelik
Terdapat banyak fakta terhadap dakwaan yang dibuat Saiful dan tindak tanduknya yang sudahpun berada dalam pengetahuan orang ramai. Fakta-fakta ini bercakap dengan sendirinya. Secepatnya ia menunjukkan betapa tidak kukuhnya kes yang direka-reka ini, selain bertujuan menjatuhkan Anwar.
Turut didedahkan pada Rabu 25hb Jun 2008, sehari sebelum serangan seksual terakhir pada hari Khamis keesokan harinya, Saiful telah bertemu dengan pegawai polis berpangkat tinggi Penolong Kanan Komisioner SAC Rodwan Mohd Yusof (waktu itu Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pasukan Polis DiRaja Malaysia, sekarang Ketua Polis Melaka) di Hotel Concorde, Kuala Lumpur di bilik bernombor 619. Apabila ditanya wartawan tentang pertemuan ini, Rodwan tidak memberikan sebarang komen.
Peranan Rodwan
Rodwan telah memainkan peranan penting bersama pasukan polis dalam kes Anwar tahun 1998/99 dahulu. Rodwan terkenal dengan peranannya mengambil sampel darah Anwar untuk ujian DNA tanpa mengikut lunas undang-undang. Dia juga terkenal dengan tuduhan meletakkan kesan DNA yang direka-reka pada tilam yang diusung ke mahkamah. Sewaktu perbicaraan pertamanya pada tahun 1998, bukti DNA tidak dapat dipakai hinggakan hakim Augustine Paul yang jelas berat sebelah terpaksa membuang bukti tersebut daripada membantu kes pendakwaan.
Peranan Saiful, Rahimi Dalam Konspirasi Tajaan Umno-BN
Posted on the October 14th, 2010 under Politik by Kak Ros Mah
Saya tidak menganggap rakyat Malaysia memerlukan drama politik sebegini, sama ada sebagai hiburan untuk meredakan tekanan hidup harian, mahupun sebagai rancangan realiti untuk meningkatkan pengetahuan seks masyarakat umum merentasi sempadan umur.Saya tidak pasti apakah kesudahannya, malah saya lebih mencurigai apakah ia mempunyai kesudahan. Saya tidak tahu sama ada benar atau mampu Anwar Ibrahim melakukannya, saya juga tidak berminat sama ada Saiful Bukhari Azlan mencuci duburnya, bahkan saya tidak pasti versi akuan bersumpah (SD) Rahimi Osman (gambar kiri, kedua dari kiri) manakah yang ditandatanganinya tanpa paksaan.

Apa yang pasti, dubur Saiful Bukhari Azlan akan terus dijadikan tumpuan satu Malaysia, malah satu dunia. Ruang dada akhbar akan sarat dengan berita pendedahan demi pendedahan untuk menghakis dan menggoyah keyakinan rakyat terhadap Anwar Ibrahim; bekas rakan seperjuangannya akan tampil seorang demi seorang untuk membongkar “wajah sebenar” Anwar, dan ruang rencana akan menyiarkan artikel demi artikel untuk mengupas, menganalisa, malah meramalkan masa depan Anwar Ibrahim, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR) – yang sudah tentu akan hancur dan ranap dalam masa terdekat, kononnya.
Jelas, ini kes politik
Saya menghormati proses perbicaraan mahkamah yang sedang berlangsung, malah untuk mendukung prinsip keadilan saya terpaksa menghormati juga mereka yang berhempas-pulas menegakkan keadilan, kononnya, untuk Saiful Bukhari Azlan. Namun demikian, segala-gala ini gagal mengubah hakikat bahawa Kes Sodomi II ini merupakan kes politik.
Dari segi undang-undang, Anwar Ibrahim didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan – kesalahan melakukan hubungan seks di luar tabii yang melibatkan dua pihak secara sukarela. Dengan kata lain, Saiful Bukhari Azlan perlu tampil sebagai tertuduh bersama Anwar, dan bukannya pengadu yang memberi keterangan – seandainya mengikut Seksyen 377B.
Namun demikian, Saiful mendakwa dirinya diliwat tanpa kerelaan sejak awal lagi. Jadi, Anwar seharusnya didakwa di bawah Seksyen 377C, iaitu hubungan seks di luar tabii secara paksaan – barulah Saiful boleh tampil ke mahkamah sebagai “pengadu”. Apa yang berlaku kini memperlihatkan kontradiksi yang ketara antara pertuduhan dengan keterangan pengadu.
Justeru itu, sukar untuk kerajaan Najib Abdul Razak meyakinkan rakyat bahawa sistem kehakiman profesional dan bebas ketika membicarakan Kes Sodomi II ini. Malah, tidak mungkin ia sekadar “kes jenayah” biasa, seandainya dilihat kepada pendekatan lidah UMNO, Utusan Malaysia membuat liputan berita ini.
Fakta berlakunya Konspirasi terhadap Anwar
Bila diperkatakan perihal laporan perubatan terhadap kes liwat Anwar, pasti kita tidak akan lupa dengan satu nama yang amat sinonim dengan kes beliau pada tahun 1998 dulu iaitu Dr.Zahari Noor. Beliau adalah salah seorang Pakar Forensik (Terkanan) yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur yang telah diarahkan bertukar ke Hospital Tg.Ampuan Afzan Kuantan (foto), gara-gara enggan untuk memberi kerjasama sepenuhnya bagi berkaitan kes tersebut. Adalah difahamkan, gara-gara sikapnya yang tidak mahu bersekongkol dengan penipuan dan kejahatan yang dilakukan oleh pihak terbabit dalam usaha membuat bukti-bukti palsu terhadap kes berkenaan maka beliau telah diarahkan bertukar.
Beliau selepas itu menjadi Pakar Forensik di HTAA dan juga di Pantai Timur. Namanya kini sepi dan seolah-olah dilupakan terus oleh media arus perdana dan alternatif. Namun, krew kami di Kuantan yang pernah bertemu beliau di dalam sebuah masjid di sana, secara jelas mendapatkan maklumat tentang kes Anwar daripada beliau. Antara lain, beliau turut mengakui bahawa kes yang berlaku itu adalah rekaan dan ciptaan semata-mata. Pihak Hospital Kuala Lumpur telah dipaksa oleh polis untuk membuat dan meminda laporan perubatan Sukma serta lain-lain mangsa yang dikaitkan dengan Anwar.
Mereka dipaksa meminda bahawa kesemua mangsa itu memang telah diliwat oleh Anwar biar pun hakikatnya adalah tidak sama sekali. Bagi mereka yang tidak mahu terlibat dan bersekongkol dengan kerja jahat tersebut, maka akan ditukarkan. Namun, beliau bersyukur kerana kini selesa berpindah ke Hospital Tg.Ampuan Afzan Kuantan ketika itu. Maka itu, jika laporan yang memang sudah sahih menunjukkan mangsa tidak diliwat itu pun mahu dipinda supaya berlaku sebaliknya. Apatah lagi laporan yang dibuat oleh Dr.Mohamed Osman dari Hospital Pusrawi dulu. Kini, akhirnya kebenaran bagai kian terserlah apabila ketiga-tiga doktor pakar yang merawat Saiful Bukhari dalam kes liwat terbaru Anwar kini sebulat suara mengeluarkan kenyataan bahawa anak muda itu memang tidak ada kesan dan tanda-tanda diliwat. Apakah ketiga-tiga doktor pakar terbabit akan menerima nasib yang sama seperti Dr.Zahari Noor agaknya? Nantikan sahaja kesudahan episod misteri ini. Ternyata kini, bahawa kesemua laporan klinikal membuktikan yang Saiful “masih teruna”, dan wajarlah kes perbicaraan liwat yang bakal diadakan pada 1 Julai 2009 ini juga turut dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi. Di bawah ini dipaparkan sedutan artikel berkaitan Dr.Zahari :-
Dr.Zahari, Contoh Darah Anwar Bukan Untuk DNA
Ramlang Porigi anggap kes liwat konspirasi aibkan Anwar
TEMERLOH: Bekas Imam Masjid Wilayah Persekutuan yang dipecat ekoran pendedahan di sebalik sumpah laknat Saiful Bakhari Azlan tahun lalu, tetap menganggap tuduhan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya untuk mengaibkan tokoh tersebut.

Berucap dalam majlis Solat Hajat dan Taklimat sempena perbicaraan kes liwat Anwar, di Balai Islam Darul Islah Paya Kechik, dekat sini 1 Februari lalu, beliau sendiri telah diarahkan oleh Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) supaya tampil menjadi saksi yang mengaitkan tuduhan liwat oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Menceritakan secara terperinci kronologi sumpah bekas pembantu peribadi Anwar itu, beliau pada asalnya tidak tahu menahu perancangannya kerana pada hari Isnin minggu berkenaan beliau bercuti.
Selasa hingga Khamis berkursus jurunikah di Instititut Latihan Islam Bangi dan majlis sumpah tersebut diadakan pada hari Jumaat iaitu sehari sebelum hari penamaan calon PRK Permatang Pauh.
“Pada hari itu saya menerima arahan dari pegawai saya untuk menjadi saksi satu majlis sumpah yang mengatakan dia menerima arahan dari Pengarah Jawi. Sebelum itu saya bertugas menikahkan satu pasangan, setelah selesai saya lihat sudah ramai wartawan dah sampai termasuk krew televisyen”.
“Memeranjatkan saya, Saiful dikawal oleh pegawai polis dari balai Sentul dan Pengarah Jawi pun ada pada masa itu. Bila bos pun ada sekali saya terima saja arahan itu tanpa saya memikirkan apakah sebenarnya yang berlaku”.
Subscribe to:
Posts (Atom)