Sunday, February 20, 2011

Kerana UMNO.. tanah Rizab Melayu tinggal 44%..

Tanah rezab Melayu telah susut dari tiga juta hekta rpada 1957 kepada 1.7 juta atau 44 peratus, dakwa Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad.

“Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30 peratus sahaja,” katanya.

Beliau berkata, di Kuala Lumpur sebanyak 371 ekar tanah rezab Melayu telah hilang – 27 3 ekar di Chubadak dan 94 ekar dan 94 ekar untuk Pencahala Link.

Menurutnya, di Perak pula 22,000 ekar tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KL-Kepong yang terletak di Lekir, Manjong.

Manakala 5,000 ekar di Beruas, 1,500 ekar di Bandar Baru , Kampar untuk kampus Universiti Tunku Andul Rahman (UTAR), milik MCA.

“200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong telah digadai oleh pemimpin Umno kepada YTL, yang meupakan kawasan tanah rezab Melayu di Padang Rengas dekat Kuala Kangsar.

Idris juga mendakwa, kerajaan Perak BN mahu gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersil di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika kembali berkuasa pada 9 Mac 2008.

Menurutnya, 9,000 hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu, tetapi hanya sepertiga sahaja yang diganti.

“Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

“Pada tahun sama, sebanyak 930 hektar tanah rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2,” kataya.

Di Johor, katanya, 26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia diambil untuk New Town Ship yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

Beliau juga mendakwa, 300 ekar tanah rezab Melayu di Pulau Redang, Terengganu diberi kepada tokoh korporat, Tan Sri Vincent Tan untuk projek perlancongan.

Manakala di Kedah, pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan iaitu tanah sawah yang subur untuk projek kolam udang.

No comments:

Post a Comment