Monday, February 28, 2011

UMNO khianat Melayu Kg Baru

http://ikhwanhafiz.blogspot.com/2010/06/umno-khianat-melayu-kg-baru-60-40.html

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali berkata, cadangan kerajaan Umno memberikan 40 peratus pemilikan hartanah di Kg. Baru kepada bukan Melayu bakal menggadaikan tanah berharga orang Melayu di kawasan itu.

Menurutnya, status tanah tersebut lebih tinggi dari rizab melayu kerana telah dikurniakan Sultan Selangor kepada orang Melayu di bawah Malay Agriculture Settlement (MAS).

"Saya memang tidak bersetuju dengan 60:40 ini, Tanjung pagar pun 60:40, yang ini pun 60:40, saya tak faham kenapa dengan 60:40 ini.

"Saya sangat bimbang pemilikan Melayu Islam Kg Baru akan terus tergadai oleh mereka yang tidak ikhlas, tidak jujur, tidak amanah kerana tidak takutkan Tuhan," katanya.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chick Raja Zainal Abidin sebelum ini memberitahu bukan Melayu berpeluang untuk memiliki ruang perniagaan dan unit-unit kediaman yang akan dibangunkan di kawasan itu berdasarkan nisbah 60:40.

Raja Nong Chik berkata demikian pada majlis perjumpaan dengan pemilik dan pewaris tanah mengenai pembangunan Kampung Baru di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 29 Mei lalu.

Menurut Lo'Lo', cadangan kerajaan itu bagaimanapun tidak dipersetujui hampir seluruh penduduk Kg. Baru yang melihat hak mereka yang dipertahan perlembagaan selama ini akan tergadai.

Tanah Kg. Baru katanya lebih tinggi dari rizab melayu kerana ianya kurniaan sultan di bawah Malay Agriculture Settlement (MAS).

Bagaimanapun menurutnya, sudah ada usaha dari pihak tertentu untuk menukarkan status tanah tersebut.

"Saya menentang perkauman, ini bukan soal perkauman tetapi soal hak orang Melayu Kg. Baru.

"Orang melayu tidak ada peluang lain nak memiliki tanah di Kuala Lumpur ini, Melayu di bawah Umno tidak akan mampu," katanya.

Dalam pada itu, Lo' lo' turut membidas tindakan Raja Nong Chik kerana didakwa menghalang beliau sebagai wakil rakyat dan juga pemilik tanah Kg. Baru dari bercakap pada perjumpaan antara pemilik dan pewaris.

Raja Nong Chik didakwa berbuat demikian atas alasan tidak mahu isu tersebut dipolitikkan.

Projek pembangunan Kampung Baru meliputi kawasan seluas 151.57 hektar iaitu lebih luas daripada projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC) iaitu 40 hektar, yang merupakan antara projek pembangunan hartanah yang terbesar sekali di dunia .

Lo' lo' sebelum ini mengutarakan beberapa cadangan berhubung pembangunan Kg. Baru termasuk menggesa kabinet melibatkan wakil pemilik dan pewaris tanah sebagai anggota dalam Perbadanan Kemajuan Kampung Baru (PKKB).

Selain itu, beliau mencadangkan tenaga pakar dalam pelbagai bidang perlu dilibatkan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Malay Agriculture Settlement (MAS) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) serta beliau sendiri sebagai Wakil Rakyat kawasan itu.

Beliau juga mencadangkan satu dana khas pembangunan Kg. Baru diwujudkan seperti peruntukan pembangunan Wilayah Iskandar, ECER dan NCER sebelum ini dengan dikendalikan satu badan amanah yang dipercayai integritinya.

"Seruan saya pada anak-anak Kg. Baru, selamatkanlah Kg Baru, jangan menang sorak kampung tergadai", katanya.

**** Lagi satu projek UMNO untuk gadai lagi tanah Melayu Kg Baru selepas tanah Keretapi TANAH MELAYU Berhad digadai kepada Cina Singapura.

Raja Nong Chik layak digelar LANUN Kg Baru !..ini Melayu yang khianat amanah orang Melayu yang mahu beri peluang pemilikan tanah kepada Bukan Melayu di Kg Baru. Dia kini jadi Mr Komisyen 60 % 40%... tanah KTMB pun 60%40%.

Zaman pemerintahan Najib ialah zaman golok gadai kepentingan Melayu !..Jangan biar Kg baru menjadi seperti Kampung Kerinchi dan Kg Abdullah Hukum kini hanya tinggal pada nama sahaja selepas tanah dimiliki tokey Cina.

siapa pengkhianat Melayu?

No comments:

Post a Comment