KUALA LUMPUR 16 Feb [8.40 am] – Seorang bekas pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur(HKL) memberitahu bahawa Mohd. Saiful Bukhari Azlan memaklumkan kepadanya dia telah diliwat walaupun dalam borang protokol perubatan (pro-forma) menyatakan ‘cubaan meliwat’. Dr. Khairul Nizam Hassan (foto)yang kini bertugas di Hospital Putrajaya juga memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak pada sebarang masa menyatakan bahawa terdapat ‘cubaan seks oral’.Beliau bagaimanapun berkata, pemuda itu ada memberitahu bahawa dia telah diminta untuk melakukan seks oral dan berikutan itu terdapat spesimen diambil daripada mulut pengadu berkenaan.Ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan dalam pemeriksaan semula mengenai aduan utama oleh Mohd. Saiful Bukhari, menurut saksi tersebut, aduan utama pemuda itu adalah dia telah diliwat. Nordin: ‘‘Adakah dia menyatakan oleh siapa (melakukannya)?’’ Khairul Nizam: ‘‘Dia cakap oleh orang kenamaan yang dikenali ramai.’’ Nordin: ‘‘Bila dia menyatakan sedemikian?’’ Khairul Nizam: ‘‘Dia memberitahu semasa proses mengambil latar belakang (kejadian).’’ Peguam Karpal Singh yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pemeriksaan balas terhadap Khairul Nizam sebelum itu menimbulkan isu mengenai kandungan pro-forma yang mencatatkan ‘ya’ bagi soalan-soalan membabitkan ‘cubaan seks oral’ dan ‘cubaan meliwat’. ‘‘Memang dalam borang pro-forma, ia menyatakan ‘cubaan meliwat’ dan ‘cubaan seks oral’ tetapi dia (Saiful Bukhari) tidak menyatakan demikian,’’ tegas Dr.Khairul.
Musykil, Doktor Pakar Ubah Fikiran Di Mahkamah

Doktor Pakar Akui 'Tidak Isi' Maklumat Penting
Jelasnya lagi, ID24 tidak ada bersamanya ketika beliau menyediakan laporan perubatan tersebut yang mencatatkan tiada penemuan klinikal yang konklusif mengenai penetrasi dan tiada kesan luka yang ketara pada badan mangsa. Justeru katanya, beliau hanya mampu mengesahkan berlakunya penetrasi selepas merujuk kepada ID24 yang menunjukkan lokasi sebenar kehadiran air mani pada keempat-empat calitan putik kapas tersebut. Terdahulu, ketika pemeriksaan balas oleh Karpal, saksi itu berkata, berdasarkan borang pro-forma, tiada paksaan digunakan tetapi mangsa telah bertindak melawan semasa kejadian itu berlaku. Berdasarkan borang itu juga, katanya, anggaran kejadian liwat tersebut berlaku adalah 30 minit dan tertuduh ketika itu cuba melakukan ejakulasi. Diasak oleh Karpal, saksi itu mengakui bahawa terdapat maklumat-maklumat penting yang tidak diisi dalam borang tersebut membabitkan latar seksual pengadu dan perkara-perkara yang berlaku selepas kejadian. Prosiding perbicaraan bersambung hari ini.
[Nampaknya, kontroversi kes liwat II ini semakin pelik dan mengelirukan sebenarnya. Jika sebelum ini Saiful mengaku diliwat dengan beberapa tusukan menggunakan "jelly", kini nampak sudah bercanggah bilamana"oral seks" pula yang digunakan dan mengaku dia melawan ketika Anwar cuba "memperkosa" dirinya. Malah lebih hairan lagi apabila seorang doktor pakar pula mengaku terdapat maklumat penting tidak diisi dalam borang yang berkaitan. Apa makna semua ini, masakan doktor pakar boleh"careless" dan terlepas pandang terhadap semua ini. Jika begitu adanya,maka doktor terbbait telah gagal menjalankan tugasa dengan penuh tanggungjawab. Prestasi kerjanya amat malang sekali dalam hal ini. Persoalannya sekarang, apakah kes seperti ini wajar diteruskan bila mana terdapat bukti-bukti jelas percanggahan fakta dalam prosiding yang berlangsung semalam. Maka, tidak hairanlah kita bila tiba-tiba saja "blakcout" berlaku. Sungguhmemalukan bila ia terjadi ketika perbicaraan penting seperti kes liwat II ini sedang disaksikan oleh seluruh masyarakat dunia itu].
No comments:
Post a Comment