Showing posts with label FITNAH. Show all posts
Showing posts with label FITNAH. Show all posts

Monday, February 21, 2011

Pakar Gagal Lapor DNA Misteri di Rektum, Seluar Saiful

Peguam pembela Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mencetuskan keraguan terhadap laporan profil DNA disediakan pakar kerajaan dengan mendakwa dokumen itu gagal menyertakan dua lagi profil DNA yang tidak dikenali.
Peguam Ramkarpal Singh mendakwa Dr Seah Lay Hong telah gagal untuk mematuhi garis panduan antarabangsa berhubung proses pemprofilan DAN dan oleh itu, laporan tersebut adalah bias.
Katanya, meskipun bacaan graf menunjukkan dua lagi profil DNA yang tidak dikenali pada bahagian rendah rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan dan pada seluar hitamnya, Dr Seah tidak menyertakan maklumat pada laporannya.
Pakar itu setakat ini telah bersetuju bahawa ada tiga profil DNA melibatkan kes ini iaitu lelaki Y, satu profil DNA yang tidak dikenali dan satu lagi milik Saiful.
“Ia kelihatan DNA separuh pasukan bola sepak ditemui tetapi anda memilih untuk tidak melaporkannya,” kata Ramkarpal di mahkamah hari ini.
Ketika ditanya mengapa beliau tidak melaporkannya, Dr Seah berkata beliau tidak menemui bacaan yang signifikan.
“Bacaan tidak dilaporkan meskipun ia mempunyai bacaan yang tinggi,” kata Ramkarpal.
Beliau menggunakan prosiding sebelah pagi tadi untuk memeriksa balas kredibiliti laporan kimia disediakan Dr Seah.
Sambil menekankan laporan kimia itu tidak konsisten, peguam itu menambah, Dr Seah telah gagal untuk mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Persatuan Antarabangsa Forensik Genetik.
“Beliau telah gagal mematuhi garis panduan yang penting. Saya menyentuh soal garis panduan di sini.
“Saya mengesyorkan kepada beliau beberapa senario yang memberikan satu gambaran berbeza daripada apa yang beliau syorkan,” kata Ramkarpal kepada pemberita kemudian.
Perbicaraan disambung pukul 2 petang tadi.
Jumaat lalu, Dr Seah memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Jabatan Kimia mempunyai garis panduannya sendiri untuk menjalankan analisis.
Dr Seah berkata walaupun pengeluar dan pembekal perisian memiliki garis panduan masing-masing, namun makmal boleh mengikuti garis panduan sendiri seperti yang disarankan oleh Persatuan Antarabangsa Forensik Genetik.
Saksi kelima pendakwaan itu memberitahu mahkamah bahawa sebagai anggota persatuan itu, beliau mengikuti perkembangan terkini dan saranannya terutama yang berkaitan pemprofilan DNA.
Dr Seah juga berkata beliau menggunakan perisian penganalisis biosistem genetik dan ‘DNA view’ bagi membantunya mendapatkan keputusan konklusif daripada sampel berkenaan.
Ditanya lanjut oleh peguam itu sama ada kedua-dua perisian tersebut selalu dikemas kini, Dr Seah berkata, kali terakhir ialah pada 2007.
Beliau memberi keterangan pada perbicaraan kes Anwar, 63, yang didakwa meliwat Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Perbicaraan didengar di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Sunday, January 30, 2011

10 Bukti Bahawa Anwar Difitnah!

"Malaysia ni dah jadi macam negara kartun. Apabila saya keluar negara, malu nak mengaku warga Malaysia. Antara soalan lazim yang saya dengar ialah mengapa kerajaan suka fitnah guna isu liwat? Modal BN ialah tuduh liwat, tuduh ejen Zionis, ejen Amerika, ejen DAP, ejen Taliban dan macam-macam ejen lagi lah. Apa pun, selaku peguam, saya rasa jijik dengan kes ni. Mari lihat 10 Misteri kes ini:

Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar Ibrahim belum di dakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan dalam perjalanan kes ini. Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes Anwar.

1. Bukti asas tak dibenarkan

Menurut logic akal sesiapa yang berakal, orang yang dituduh mestilah diberi peluang untuk membela diri. Untuk membela diri, tertuduh lazimnya akan dibenarkan melihat dokumen-dokumen yang relevan, agar dapat menyiapkan pembelaan.

Contohnya, jika Kassim dituduh merogol Rosna, dan Kassim mendapat maklumat bahawa laporan perubatan mengesahkan Rosna masih dara, tentulah Kassim berhak untuk melihat dokumen tersebut untuk menyediakan pembelaanya. Dalam kes Anwar, agak pelik kerana permohonan asas ini pun tidak dibenarkan.

Dalam kes Anwar ni, ada bukti CCTV, rakaman keluar masuk kawasan tersebut. Mengapa Anwar tidak dibenarkan melihat rakaman-rakaman ini untuk menyediakan pembelaan? Misteri.

Ingat senang ke nak bela diri bila bukti asas tidak dibenarkan..

Anwar Ibrahim, Konspirasi No.2

Hanya sebelas tahun semenjak Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, beliau menerima tamparan dengan dakwaan liwat dan seolah-olahnya tuduhan rasuah (penyelewengan kuasa).  Beliau berdepan dengan dua perbicaraan yang dikutuk seluruh dunia sebagai perbicaraan tidak adil dan bermotivasikan kepentingan politik pihak tertentu.  Hasilnya beliau menghabiskan enam tahun dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh, dikurung bersendirian selama pemenjaraan hanya dibenarkan bertemu dengan ahli keluarga dan para peguam sahaja.  Akhirnya bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad mendapat hukuman setimpal dengan berat hati dipaksa bersara pada bulan Oktober 2003.  Kemudiannya Anwar dibebas dan dilepaskan pada 2 September 2004 pada tahap terakhir rayuannya di mahkamah mengubah penghakiman kes liwatnya.
Sekarang mimpi ngeri itu bermula lagi.  Pada 16 Julai 2008, Anwar (gambar kanan) ditangkap atas tuduhan kes liwat yang baru, selepas suatu laporan polis dibuat oleh Saiful Bukhari, pembantu berpangkat rendah dalam pejabatnya pada 28 Jun 2008.  Anwar berkata tuduhan ini, sekali lagi bermotifkan politik, sebagai cubaan terbaru untuk menghalang kerjaya politiknya yang kembali bangkit mendadak kegemilangannya.  Ramai orang di dalam dan di luar negara bersetuju dengan penilaian ini.
Kes terbaru ini hanyalah ulang tayang skrip lama dengan para pelakon yang baru - skrip sekarang ini juga menampilkan episod-episod campur tangan politik, kecurangan dan penyelewengan para pegawai di pejabat Peguam Negara dan pihak polis, penipuan bukti-bukti yang muncul daripada suatu konspirasi politik untuk menghentikan kerjaya cemerlang politik Anwar.
Kes hairan yang benar-benar pelik
Terdapat banyak fakta terhadap dakwaan yang dibuat Saiful dan tindak tanduknya yang sudahpun berada dalam pengetahuan orang ramai.  Fakta-fakta ini bercakap dengan sendirinya.  Secepatnya ia menunjukkan betapa tidak kukuhnya kes yang direka-reka ini, selain bertujuan menjatuhkan Anwar.
Saiful mendakwa dalam laporan polisnya bertarikh 28 Jun 2008 di Hospital Kuala Lumpur ("HKL") yang dia diliwat Anwar pada tengahari Khamis 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Bukit Damansara.  Saiful bercerita kepada pihak polis dalam kenyataannya yang mendakwa dia telah diserang paksa sebanyak 8 ke 9 kali tanpa kerelaan hatinya oleh Anwar sepanjang dua bulan yang berlalu itu.  Dalam laporan polisnya dua hari kemudian pada 28 Jun 2008, dia mendakwa kejadian liwat ini memang berlaku tanpa kerelaan hatinya.  Cerita Saiful ini menimbulkan kecurigaan kenapa dia sebagai kononnya "si mangsa" yang dipaksa liwat 8 ke 9 kali tanpa kerelaan hatinya, selama dua bulan tetapi tidak membuat sebarang aduan kepada pihak berkuasa.  Sepanjang waktu itu dia berhubungan secara biasa dengan Anwar dan kesemua kakitangan di pejabat Anwar Ibrahim.
Turut didedahkan pada Rabu 25hb Jun 2008, sehari sebelum serangan seksual terakhir pada hari Khamis keesokan harinya, Saiful telah bertemu dengan pegawai polis berpangkat tinggi Penolong Kanan Komisioner SAC Rodwan Mohd Yusof (waktu itu Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pasukan Polis DiRaja Malaysia, sekarang Ketua Polis Melaka) di Hotel Concorde, Kuala Lumpur di bilik bernombor 619.  Apabila ditanya wartawan tentang pertemuan ini, Rodwan tidak memberikan sebarang komen.
Peranan Rodwan
Rodwan telah memainkan peranan penting bersama pasukan polis dalam kes Anwar tahun 1998/99 dahulu.  Rodwan terkenal dengan peranannya mengambil sampel darah Anwar untuk ujian DNA tanpa mengikut lunas undang-undang.  Dia juga terkenal dengan tuduhan meletakkan kesan DNA yang direka-reka pada tilam yang diusung ke mahkamah.  Sewaktu perbicaraan pertamanya pada tahun 1998, bukti DNA tidak dapat dipakai hinggakan hakim Augustine Paul yang jelas berat sebelah terpaksa membuang bukti tersebut daripada membantu kes pendakwaan.

Peranan Saiful, Rahimi Dalam Konspirasi Tajaan Umno-BN

Posted on the October 14th, 2010 under Politik by Kak Ros Mah


Saya tidak menganggap rakyat Malaysia memerlukan drama politik sebegini, sama ada sebagai hiburan untuk meredakan tekanan hidup harian, mahupun sebagai rancangan realiti untuk meningkatkan pengetahuan seks masyarakat umum merentasi sempadan umur.Saya tidak pasti apakah kesudahannya, malah saya lebih mencurigai apakah ia mempunyai kesudahan. Saya tidak tahu sama ada benar atau mampu Anwar Ibrahim melakukannya, saya juga tidak berminat sama ada Saiful Bukhari Azlan mencuci duburnya, bahkan saya tidak pasti versi akuan bersumpah (SD) Rahimi Osman (gambar kiri, kedua dari kiri) manakah yang ditandatanganinya tanpa paksaan.
Apa yang pasti, dubur Saiful Bukhari Azlan akan terus dijadikan tumpuan satu Malaysia, malah satu dunia. Ruang dada akhbar akan sarat dengan berita pendedahan demi pendedahan untuk menghakis dan menggoyah keyakinan rakyat terhadap Anwar Ibrahim; bekas rakan seperjuangannya akan tampil seorang demi seorang untuk membongkar “wajah sebenar” Anwar, dan ruang rencana akan menyiarkan artikel demi artikel untuk mengupas, menganalisa, malah meramalkan masa depan Anwar Ibrahim, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR) – yang sudah tentu akan hancur dan ranap dalam masa terdekat, kononnya.
Jelas, ini kes politik
Saya menghormati proses perbicaraan mahkamah yang sedang berlangsung, malah untuk mendukung prinsip keadilan saya terpaksa menghormati juga mereka yang berhempas-pulas menegakkan keadilan, kononnya, untuk Saiful Bukhari Azlan. Namun demikian, segala-gala ini gagal mengubah hakikat bahawa Kes Sodomi II ini merupakan kes politik.
Dari segi undang-undang, Anwar Ibrahim didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan – kesalahan melakukan hubungan seks di luar tabii yang melibatkan dua pihak secara sukarela. Dengan kata lain, Saiful Bukhari Azlan perlu tampil sebagai tertuduh bersama Anwar, dan bukannya pengadu yang memberi keterangan – seandainya mengikut Seksyen 377B.
Namun demikian, Saiful mendakwa dirinya diliwat tanpa kerelaan sejak awal lagi. Jadi, Anwar seharusnya didakwa di bawah Seksyen 377C, iaitu hubungan seks di luar tabii secara paksaan – barulah Saiful boleh tampil ke mahkamah sebagai “pengadu”. Apa yang berlaku kini memperlihatkan kontradiksi yang ketara antara pertuduhan dengan keterangan pengadu.
Justeru itu, sukar untuk kerajaan Najib Abdul Razak meyakinkan rakyat bahawa sistem kehakiman profesional dan bebas ketika membicarakan Kes Sodomi II ini. Malah, tidak mungkin ia sekadar “kes jenayah” biasa, seandainya dilihat kepada pendekatan lidah UMNO, Utusan Malaysia membuat liputan berita ini.

Fakta berlakunya Konspirasi terhadap Anwar

Bila diperkatakan perihal laporan perubatan terhadap kes liwat Anwar, pasti kita tidak akan lupa dengan satu nama yang amat sinonim dengan kes beliau pada tahun 1998 dulu iaitu Dr.Zahari Noor. Beliau adalah salah seorang Pakar Forensik (Terkanan) yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur yang telah diarahkan bertukar ke Hospital Tg.Ampuan Afzan Kuantan (foto), gara-gara enggan untuk memberi kerjasama sepenuhnya bagi berkaitan kes tersebut. Adalah difahamkan, gara-gara sikapnya yang tidak mahu bersekongkol dengan penipuan dan kejahatan yang dilakukan oleh pihak terbabit dalam usaha membuat bukti-bukti palsu terhadap kes berkenaan maka beliau telah diarahkan bertukar. 
Beliau selepas itu menjadi Pakar Forensik di HTAA dan juga di Pantai Timur. Namanya kini sepi dan seolah-olah dilupakan terus oleh media arus perdana dan alternatif. Namun, krew kami di Kuantan yang pernah bertemu beliau di dalam sebuah masjid di sana, secara jelas mendapatkan maklumat tentang kes Anwar daripada beliau. Antara lain, beliau turut mengakui bahawa kes yang berlaku itu adalah rekaan dan ciptaan semata-mata. Pihak Hospital Kuala Lumpur telah dipaksa oleh polis untuk membuat dan meminda laporan perubatan Sukma serta lain-lain mangsa yang dikaitkan dengan Anwar.
Mereka dipaksa meminda bahawa kesemua mangsa itu memang telah diliwat oleh Anwar biar pun hakikatnya adalah tidak sama sekali. Bagi mereka yang tidak mahu terlibat dan bersekongkol dengan kerja jahat tersebut, maka akan ditukarkan. Namun, beliau bersyukur kerana kini selesa berpindah ke Hospital Tg.Ampuan Afzan Kuantan ketika itu. Maka itu, jika laporan yang memang sudah sahih menunjukkan mangsa tidak diliwat itu pun mahu dipinda supaya berlaku sebaliknya. Apatah lagi laporan yang dibuat oleh Dr.Mohamed Osman dari Hospital Pusrawi dulu. Kini, akhirnya kebenaran bagai kian terserlah apabila ketiga-tiga doktor pakar yang merawat Saiful Bukhari dalam kes liwat terbaru Anwar kini sebulat suara mengeluarkan kenyataan bahawa anak muda itu memang tidak ada kesan dan tanda-tanda diliwat. Apakah ketiga-tiga doktor pakar terbabit akan menerima nasib yang sama seperti Dr.Zahari Noor agaknya? Nantikan sahaja kesudahan episod misteri ini. Ternyata kini, bahawa kesemua laporan klinikal membuktikan yang Saiful “masih teruna”, dan wajarlah kes perbicaraan liwat yang bakal diadakan pada 1 Julai 2009 ini juga turut dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi. Di bawah ini dipaparkan sedutan artikel berkaitan Dr.Zahari :-
Dr.Zahari, Contoh Darah Anwar Bukan Untuk DNA

Ramlang Porigi anggap kes liwat konspirasi aibkan Anwar

E-mailCetakPDF
TEMERLOH: Bekas Imam Masjid Wilayah Persekutuan yang dipecat ekoran pendedahan di sebalik sumpah laknat Saiful Bakhari Azlan tahun lalu, tetap menganggap tuduhan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya untuk mengaibkan tokoh tersebut.
Ramlang Porigi yang kini bekerja sendiri mendakwa, anggapan beliau adalah berdasarkan sumpah laknat Saiful di masjid Wilayah yang mana beliau jadi saksinya, terdapat banyak keraguan dan telah dijadikan bahan kempen sewaktu Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh tahun lalu.

Berucap dalam majlis Solat Hajat dan Taklimat sempena perbicaraan kes liwat Anwar, di Balai Islam Darul Islah Paya Kechik, dekat sini 1 Februari lalu, beliau sendiri telah diarahkan oleh Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) supaya tampil menjadi saksi yang mengaitkan tuduhan liwat oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Menceritakan secara terperinci kronologi sumpah bekas pembantu peribadi Anwar itu, beliau pada asalnya tidak tahu menahu perancangannya kerana pada hari Isnin minggu berkenaan beliau bercuti.

Selasa hingga Khamis berkursus jurunikah di Instititut Latihan Islam Bangi dan majlis sumpah tersebut diadakan pada hari Jumaat iaitu sehari sebelum hari penamaan calon PRK Permatang Pauh.

“Pada hari itu saya menerima arahan dari pegawai saya untuk menjadi saksi satu majlis sumpah yang mengatakan dia menerima arahan dari Pengarah Jawi. Sebelum itu saya bertugas menikahkan satu pasangan, setelah selesai saya lihat sudah ramai wartawan dah sampai termasuk krew televisyen”.

“Memeranjatkan saya, Saiful dikawal oleh pegawai polis dari balai Sentul dan Pengarah Jawi pun ada pada masa itu. Bila bos pun ada sekali saya terima saja arahan itu tanpa saya memikirkan apakah sebenarnya yang berlaku”. 

Monday, January 3, 2011

Mubahalah Dalam Islam

MUBAHALAH DALAM ISLAM 

PERTAMA : SUMPAH 

DEFINISI 

Sumpah [bahasa arab : aiman] bermakna, “mengukuhkan kata-kata yang tidak pasti kebenaran kandungannya dengan menyebut salah satu dari Nama-nama Allah, ataupun menyebut salah satu dari sifat-sifatnya dengan lafaz tertentu”. [Al-Fiqh Al-Manhaji : 3/575] 

HUKUM SUMPAH 

Hukum sumpah adalah makruh.  

Firman Allah; 
وَلَا تَجْعَلُوا اللَّهَ عُرْضَةً لِأَيْمَانِكُمْ أَنْ تَبَرُّوا وَتَتَّقُوا وَتُصْلِحُوا بَيْنَ النَّاسِ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ 

Maksudnya;
      “(dan janganlah kamu jadikan nama) Allah Dalam sumpah kamu sebagai benteng Yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa mengetahui” 
[Al-Baqarah : 224] 

Larangan dalam ayat ini bermaksud larangan makruh, bukan haram. Ini kerana, dalam beberapa keadaan hukum sumpah boleh bertukar menjadi haram, wajib, sunat dan harus. 

Sumpah yang wajib adalah, apabila seseorang itu tidak dapat menyatakan kebenaran dan menyatakan sesuatu kebenaran kecuali dengan cara bersumpah, maka bersumpah menjadi wajib. 

Sumpah yang sunat adalah, apabila untuk memberi kesan kepada pendengar ketika memberi ketika memberi peringatan atau nasihat. Dan sumpah yang harus pula adalah, apabila untuk melakukan perkara ketaatan atau menjauhi maksiat, atau menunjuk jalan yang benar atau melarang dari melakukan kebatilan. 

Contohnya, Nabi Saw pernah berkata; 
فَوَاللَّهِ لَا يَمَلُّ اللَّهُ حَتَّى تَمَلُّوا وَكَانَ أَحَبَّ الدِّينِ إِلَيْهِ مَادَامَ عَلَيْهِ صَاحِبُهُ
 
Maksudnya;
      “Sesungguhnya Allah tidak pernah jemu, tetapi kamu yang boleh merasa jemu. Perkara yang paling disukai dalam agama adalah, perkara yang dilakukan secara sentiasa oleh pelakunya” 
[Al-Bukhari : 41] 

SUMPAH JADI HARAM 

Sumpah boleh jadi haram, sekiranya ia digunakan untuk dipermain-mainkan.  

Firman Allah; 
وَلَا تَجْعَلُوا اللَّهَ عُرْضَةً لِأَيْمَانِكُمْ أَنْ تَبَرُّوا وَتَتَّقُوا وَتُصْلِحُوا بَيْنَ النَّاسِ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ 

Maksudnya;
      “(dan janganlah kamu jadikan nama) Allah Dalam sumpah kamu sebagai benteng Yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa mengetahui” 
[Al-Baqarah : 224] 

Sumpah juga boleh jadi haram, apabila bersumpah untuk melakukan perbuatan haram, ataupun untuk meninggalkan perkara yang wajib, atau berdusta mengenai sesuatu perkara yang tidak benar. 

Nabi SAW pernah bersabda; 
الْكَبَائِرُ الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ وَقَتْلُ النَّفْسِ وَالْيَمِينُ الْغَمُوسُ 

Maksudnya;
     
 “Dosa besar itu adalah, syirik kepada Allah, derhaka ibu bapa, membunuh dan sumpah yang dusta” 
[Al-Bukhari : 6182] 

ORANG MUNAFIQ SUKA BERSUMPAH 

Firman Allah; 
يَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَكُمْ لِيُرْضُوكُمْ وَاللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَقُّ أَنْ يُرْضُوهُ إِنْ كَانُوا مُؤْمِنِينَ 

Maksudnya;
      “mereka bersumpah kepada kamu Dengan nama Allah untuk mendapat keredaan kamu, padahal Allah dan RasulNya jualah Yang lebih berhak mereka mendapat keredaanNya, jika betul mereka orang-orang Yang beriman” 
[At-taubah : 62] 

Menurut Imam Fakhruddin Ar-Razi, ayat ini diturunkan selepas dari berlaku peperangan tabuk. Ini kerana, dalam peperangan tersebut, orang munafiq tidak hadir. Apabila pulang dari tabuk, orang-orang munafiq datang berjumpa dengan Rasulullah SAW dan memberikan sebab. Bagi meyakinkan nabi, mereka bersumpah dihadapan Nabi SAW. Tindakan itu, menyebabkan Allah SWT menurunkan firman ini. 
[at-tafsir Al-Kabir : 8/82] 

KEDUA : MUBAHALAH 

Makna Mubahalah dari sudut bahasa adalah, “saling Laknat melaknati”. [Mukjam Al-Mustalahat wa Al-Alfaz Al-Fiqhiyyah : 3/204] 

Adapun makna Mubahalah dari sudut syarak adalah, “saling laknat melaknati, iaitu berdoa agar diterima laknat dari Allah terhadap orang yang dusta daripada dua pihak yang saling laknat melaknati” [Tahrir Alfaz At-Tanbih : 1/247] 

DALIL MUBAHALAH 

Firman Allah; 
فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنْفُسَنَا وَأَنْفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ لَعْنَةَ اللَّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ 

Maksudnya;
      “kemudian sesiapa Yang membantahmu (Wahai Muhammad) mengenainya, sesudah Engkau beroleh pengetahuan Yang benar, maka Katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak Kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan Kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri Kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah Dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang Yang berdusta". 
[Surah Al-Imran : 61] 

Sebab turun ayat ini, berkaitan dengan perdebatan antara Nabi SAW dengan beberapa orang nasrani dari Najran. Mereka terdiri dari 13 orang, yang diketuai oleh seorang yang bernama Al-‘Aqib, atau dikenali juga sebagai Abdul Masih. 

Dalam perdebatan itu, semua hujjah-hujjah Nasrani itu dijawab oleh nabi SAW, tanpa mereka berjaya membalas lagi. Namun begitu, mereka tetap berkeras juga hendak berhujjah, walau mereka sudah mempunyai hujjah lagi.  

Mengenangkan sifat begitu, Allah SWT pun menurunkan ayat ini. 
[Ibnu Kathir : 2/50] 

SYARAT-SYARAT MUBAHALAH 

Melihat kepada asbab nuzul kepada ayat ini, ulama menetapkan syarat-syarat mubahalah adalah seperti berikut; 

Pertama, hendaklah dilakukan dalam keadaan Ikhlas kerana Allah. Ia tidak boleh dilakukan dengan tujuan hawa nafsu, sebaliknya hendaklah digunakan dengan tujuan mempertahankan kebenaran atau menzahirkan kebenaran. 

Kedua, hendaklah ia berlaku selepas dari pertikaian ilmu. Tanpa pertikaian terlebih dahulu, maka tidak seharusnya berlaku mubahalah. Dan mubahalah itu, hendaklah dalam perkara yang berlaku dalam perkara keilmuan. 

Firman Allah; 
وَمِنَ النَّاسِ مَن يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَلا هُدًى وَلا كِتَابٍ مُّنِيرٍ 

Maksudnya;
      “dan ada di antara manusia Yang membantah Dalam perkara-perkara Yang berhubung Dengan Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah Yang menerangi kebenaran; 
[Al-Haj : 8] 

Ketiga, hendaklah orang yang mengajak mubahalah itu dari kalangan orang yang dikenali sebagai ahli kebaikan dan ketaqwaan. Ini kerana, dalam mubahalah, ia mengandungi doa bersedia mendapat laknat. Doa orang yang bukan dari ahli taqwa dan kebaikan, tidak dimakbulkan oleh Allah SWT. 

Firman Allah; 
وَإذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُم يَرْشُدُون 

Maksudnya
      “dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. 
[Al-Baqarah : 186] 

Keempat, ia hendaklah dilakukan selepas kedua-dua belah pihak telah mendatangkan hujjah masing-masing. Hujjah itu pula, hendaklah hujjah yang nyata dan jelas. Sekiranya mereka tetap berkeras atas pendapatnya yang kekal atas kesesatan, tanpa bersedia menerima kebenaran, maka baru boleh mengajak kepada mubahalah. 

Ibnu Qayyim menyatakan; 
إن السنة في مجادلة أهل الباطل إذا قامت عليهم حجة الله ، و لم يرجعوا ، بل أصروا على العناد ، أن يدعوهم إلى المباهلة ، و قد أمر الله سبحانه ، بذلك رسوله صلى الله عليه و سلم ، و لم يقُل : إن ذلك ليس لأمتك من بعدك . و دعا إليها ابنُ عمه عبد الله بن عباس ، من أنكر عليه بعض مسائل الفروع ، و لم يُنكر عليه الصحابة ، و دعا إليه الأوزاعي سفيان الثوري في مسألة رفع اليدين ، و لم يُنكَر عليه ذلك ، و هذا من تمام الحجة  

Maksudnya;
     
 “Sesungguhnya sunnah dalam berdebat golongan sesat, apabila didatangkan hujjah Allah [hujjah yang benar], mereka tetap tidak mahu kembali [kepada kebenaran], malahan tetap dengan kedegilan, bahawa mengajak mereka kepada mubahalah. Allah SWT menyuruh Rasulullah SAW melakukan demikian [Mubahalah]. Tidak betul jika ada yang berkata bahawa ia tidak dikenakan kepada umat kamu [wahai muhammad] selepas dari kamu. Ini kerana, sepupu Nabi SAW yang bernama Abdullah bin Abbas pernah mengajak mubahalah terhadap mereka yang mengingkari beberapa masalah-masalah furu’ [Fiqh] tanpa diingkari oleh seorangs sahabat pun. Juga, Awzaie pernah mengajak Sufyan As-Sauri bermubahalah dalam masalah angkat dua tangan [angkat takbir dalam solat], tanpa diingkari oleh seorang pun. Ia digunakan untuk mencapai kesempurnaan hujjah” 
[Zad Al-Ma’ad : 3/643] 

Kelima, hendaklah mubahalah ini berlaku dalam perkara agama yang terlalu penting. Ia digunakan untuk menghasilkan kemaslahatan kepada Islam dan orang islam, atau menolak kemafsadan terhadap Islam dan orang islam.  

Imam Ibnu Qayyim menyatakan; 
و أما حكم المباهلة فقد كتب بعض العلماء رسالة في شروطها المستنبطة من الكتاب و السنة و الآثار و كلام الأئمة ، و حاصل كلامه فيها أنها لا تجوز إلا في أمر مهم شرعاً وقَع فيه اشتباه و عناد لا يتيسر دفعه إلا بالمباهلة ، فيُشتَرط كونها بعد إقامة الحجة و السعي في إزالة الشبه و تقديم النصح و الإنذار  
Maksudnya;
     
 “adapun hukum mubahalah, ia telah ditulis oleh sebilangan ulama’ tentang syarat-staratnya yang teristinbat [dikeluarkan hukum] dari Al-Quran dan As-Sunnah, amalan sahabat dan perkataan para imam. Kesimpulan dari perkataannya adalah, tidak harus mubahalah kecuali dalam perkara yang terlalu penting dalam syarak, iaitu sekiranya tanpa mubahalah, ia mampu melahirkan kecelaruan dalam pemahaman agama. Ia disyaratkan bahawa selepas ditegakkan hujjah, melakukan usaha yang kuat dalam menghilangkan kesamaran, dan didahului dengan nasihat dan pesanan” 
[Syarh Qasidah : 1/37] 

TIDAK DIGALAKKAN MUBAHALAH 

Dalam mengomentari tentang Mubahalah, Dr Yusuf Al-Qaradhawi ada berkata; 
وقال القرضاوي خلال حوار مع شبكة "أون إسلام": "أنا لست مع الدعوة للمباهلة،  فالمباهلة تكون مع أناس عقلاء متدينين، يخافون عقاب الله، ويحذرون نقمته، كما كانت المباهلة بين النبي وبين نصارى نجران، وهم قوم متمسكون  بعقيدتهم، وأهل حِجاج، ونقاش، وفيها  نزل قوله تعالى: "فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَكَ  مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنْفُسَنَا وَأَنْفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ لَعْنَتَ اللَّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ" (آل عمران: 61).
 
Maksudnya;
     
 “Aku tidak mengajak kepada mubahalah. Ini kerana, mubahalah ini berlaku pada orang yang cerdik; yang beragama. Mereka takut akan azab Allah disamping mereka mengelak dari mendapat kecelakaan dari Allah. Ia sama seperti yang berlaku kepada Nabi SAW dengan orang-orang nasrani Najran, dalam keadaan mereka adalah kaum yang terlalu berpegang teguh dengan aqidah [kepercayaan] mereka, dan mereka adalah ahli Hujjah. Lantaran, Allah SWT menurunkan firman-Nya dari surah Al-Imran ayat 611 

Melihat kepada perkataan Dr Yusuf Al-Qaradhawi ini, nyata bahawa mubahalah bukanlah perkara yang baik dan mudah dilakukan begitu sahaja, sebaliknya ia berlaku dalam perkara-perkara penting dalam agama sahaja. 

KETIGA : KERAGUAN 

Satu; 

Mubahalah tidak berlaku dalam perkara jenayah. Ini kerana, perkara jenayah adalah melibatkan perkara yang berkait dengan mahkamah, sedangkan mubahalah tidak berlaku dalam mahkamah. 

Dalam firman Allah tentang mubahalah [Al-Imran : 61], didapati mubahalah itu berlaku dalam perkara yang melibatkan pertembungan antara agama islam dengan agama kristian. Pertembungan antara agama, tidak pernah berlaku perdebatannya dalam mahkamah. 

Dua; 

Sumpah berlaku untuk mempertahankan diri, bukan untuk melakukan tuduhan kepada orang lain.  
Nabi SAW ada bersabda; 
الْبَيِّنَةُ عَلَى الْمُدَّعِي وَالْيَمِينُ عَلَى الْمُدَّعَى عَلَيْهِ 

Maksudnya;
      “datangkan bukti bagi orang yang menuduh, dan sumpah bagi orang yang dituduh” 
[At-tarmizi : 1261] 

Jika bersumpah tidak dibenarkan dalam melakukan tuduhan, maka terlebih tidak boleh bersumpah untuk mengheret orang yang tertuduh. 

Tiga; 

Sumpah bagi orang yang dituduh seperti hadis di atas, adalah dengan perintah mahkamah. Sumpah yang berlaku diluar mahkamah, tidak termasuk dalam kandungan hadis yang disebutkan di atas.  
Empat; 

Bersumpah dalam masjid, hanya berlaku dalam bab Li’an. Dalam fiqh, Li’an bermaksud, “perkataan tertentu yang digunakan sebagai hujjah oleh orang yang terpaksa menuduh orang yang mencemarkan tempat tidurnya dan memberi malu kepadanya sebagai berzina”. 

Dengan perkataan lain, Li’an bermaksud seseorang suami yang nampak isterinya berzina dengan lelaki lain, tetapi tidak dapat mendatangkan seramai empat orang saksi, maka hendaklah dia berkata, “Aku bersaksi demi Allah, aku berada di pihak yang benar terhadap dakwaanku bahawa isteriku [sebut nama dan bintinya] telah berzina” 

Perkataan ini hendaklah diucapkan sebanyak empat kali. Dan pada kali kelima, dia hendaklah berkata, “Aku dilaknati Allah sekiranya aku berbohong”. [Al-Fiqh Al-Manhaji : 4/903] 
Ia berdalilkan kepada Firman Allah; 
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ أَزْوَاجَهُمْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُمْ شُهَدَاءُ إِلَّا أَنْفُسُهُمْ فَشَهَادَةُ أَحَدِهِمْ أَرْبَعُ شَهَادَاتٍ بِاللَّهِ إِنَّهُ لَمِنَ الصَّادِقِينَ * وَالْخَامِسَةُ أَنَّ لَعْنَةَ اللَّهِ عَلَيْهِ

 إِنْ كَانَ مِنَ الْكَاذِبِينَ 

Maksudnya;
     
 “dan orang-orang Yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada Syarak) bagi seseorang Yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah Dengan nama Allah, empat kali, Bahawa Sesungguhnya ia dari orang-orang Yang benar * dan sumpah Yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang Yang dusta” 
[An-Nur : 6-7] 
Sekian 

Wallahu ‘Alam 
Al-Bakistani